Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

EPL: Henderson dedah ‘dibuang’ Liverpool


JEDDAH – Bekas kapten Liverpool, Jordan Henderson akhirnya mendedahkan punca dia meninggalkan Anfield selepas sedar khidmatnya tidak lagi diperlukan oleh pasukan berkenaan.

Henderson membuat keputusan berkelana ke Liga Arab Saudi untuk menyertai Al-Ettifaq dengan menerima bayaran yang cukup lumayan sehingga ramai yang menyangkakan bahawa dia adalah seorang yang ‘mata duitan’.

Menurutnya, hasil perbincangan bersama pengurus pasukan itu, Jurgen Klopp, dia sedar bahawa dia tidak akan mendapat tempoh bermain yang banyak sekiranya kekal dengan pendirian untuk bersama The Reds.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ada beberapa perkara yang berlaku seperti memberikan saya petanda. Saya mempunyai hubungan yang baik bersama Jurgen, beliau adalah seorang yang jujur. Saya tidak boleh mendedahkan mengenai perbualan saya bersamanya kerana ia adalah rahsia.

“Namun, menerusi perbualan itu saya tahu kedudukan saya. Peluang untuk saya turun beraksi menjadi semakin terhad kerana akan ada beberapa pemain tiba untuk bermain di posisi saya.

“Apabila saya tidak dapat banyak minit permainan, ia akan memberikan saya masalah. England adalah perkara yang besar buat saya, Kejohanan Euro akan tiba dan saya memerlukan masa permainan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kemudian Al-Ettifaq hadir dan menyatakan minat dan reaksi daripada Liverpool adalah untuk tidak berkata ‘tidak’. Di situ saya mula sedar bahawa mereka sudah tidak perlukan saya dan saya menerimanya,” jelas Henderson.

Henderson membuat lebih 500 penampilan bersama Liverpool sepanjang 12 tahun berada di Anfield dan berjaya membantu pasukan itu menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara dan beberapa trofi domestik. – AGENSI

 

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JASIN – Sebanyak 9,000 kampit beras putih pek 10 kilogram (kg) akan dijual pada harga RM26 di program khas jualan terbuka di semua...

Mamak News

0 MANILA: Dewan Rakyat Filipina meluluskan belanjawan 2024 bernilai 5.768 trilion peso (AS$101.3 bilion atau RM476.9 bilion) termasuk peningkatan pembiayaan keselamatan di Laut China...

Sukan

0 PETALING JAYA – Gimnas negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam mencipta kejutan apabila membawa pulang pingat gimnastik artistik Sukan Asia Hangzhou menerusi disiplin melombol...

Hiburan

0 Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications