Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

EPL: Pochettino yakin potensi Chelsea


LONDON – Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino percaya pasukan itu mampu bersaing dengan pasukan terbaik dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mencatat keputusan seri 4-4 menentang Manchester City awal pagi semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stamford Bridge itu, Chelsea menampilkan aksi cukup berbeza apabila berjaya meledak empat gol menerusi jaringan Thiago Silva, Raheem Sterling, Nicolas Jackson dan Cole Palmer.

Sementara itu, empat gol City pula hadir menerusi dua jaringan penyerang berbisa, Erling Haaland serta masing-masing satu gol sumbangan pemain pertahanan, Manuel Akanji dan pemain tengah, Rodri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya sangat bangga dan gembira dengan keputusan pada hari ini (semalam). Semua pemain layak diberikan pujian kerana mereka bermain cukup baik, lebih-lebih lagi bertemu pasukan terbaik di dunia.

“Banyak perkara yang berlaku pada perlawanan tersebut dan inilah yang saya mahu lihat sepanjang proses. Selepas ini kami perlu terjemahkan aksi sebegini dalam perlawanan akan datang,” kata Pochettino.

Bekas pengendali Tottenham Hotspur itu juga percaya keputusan tersebut memberi lebih kepercayaan kepada barisan pemain mudanya untuk merealisasikan hasrat mereka menjadi salah sebuah pasukan sempurna pada masa hadapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Permainan seperti ini sebenarnya memberi kepercayaan serta keyakinan kepada semua pemain. Bagaimanapun, perjalanan kami masih jauh tetapi inilah proses yang perlu diharungi,” ujarnya. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Sukan

0 MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berharap ‘perang’ yang tercetus antara Pesuruhjaya Sukan, Suhardi Alias dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak berterusan sepanjang...

Mamak News

0 SEMARANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun tular dalam media sosial kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat British. Kinara Arnintya Pratista,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications