Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

EPL: Taktikal punca kemenangan Chelsea


LONDON – Pemain tengah Chelsea, Conor Gallagher dianggap sebagai wira apabila meledak dua gol membantu pasukan itu mencatat kemenangan 3-1 ke atas Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Selhurst Park awal pagi semalam.

Selain dua gol Gallagher, Enzo Fernandez turut mencetak nama selaku penjaring bagi memadam gol awal Palace menerusi Jefferson Lerma, sekali gus memastikan The Blues membawa pulang tiga mata.

Selepas menampilkan aksi cukup mengecewakan di separuh masa pertama, Gallagher mengakui pengurus, Mauricio Pochettino melakukan beberapa perubahan terhadap taktikal sehingga membolehkan mereka menjaringkan tiga gol di separuh masa kedua.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Satu kemenangan yang cukup sukar kerana kami memang tidak beraksi bagus di separuh masa pertama. Beliau (Pochettino) memberi kata-kata semangat supaya kami tidak mudah me­ngalah dan cuba menggerakkan bola lebih pantas.

“Kami bermain sebagai satu pasukan dan jaringan awal di separuh masa kedua membantu kami untuk menjaringkan dua lagi gol pada penghujung permainan. Kami sangat gembira dengan tiga mata ini,” katanya.

Gallagher juga menjelaskan, Pochettino memberi kebenaran kepada bek kanan, Malo Gusto membantu jentera serangan dan membuahkan hasil menerusi bantuan gol yang dilakukannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Gusto dan (Ben) Chilwell naik sedikit ke bahagian atas selain Enzo di posisi No.10 sangat membantu pasukan ketika menyerang,” ujar Gallagher. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement