Hi, what are you looking for?

Mamak News

Erdogan enggan sokong Sweden sertai NATO


ISTANBUL: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menegaskan Sweden tidak boleh lagi mengharapkan sokongan negaranya untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selepas insiden pembakaran al-Quran di luar kedutaannya di Stockholm.

Erdogan berkata, pembakaran kitab suci umat Islam adalah jenayah kebencian yang tidak boleh dipertahankan atas alasan kebebasan bersuara.

“Sweden tidak sepatutnya mengharapkan sokongan Turkiye untuk NATO.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Adalah jelas bahawa mereka yang menyebabkan aib di hadapan kedutaan kita, tidak boleh mengharapkan sebarang sokongan berhubung permohonan untuk menjadi ahli NATO.

“Jika anda sangat menyayangi ahli pertubuhan pengganas dan musuh Islam dan melindungi mereka, maka kami menasihatkan anda untuk mendapatkan sokongan mereka untuk keselamatan negara anda,” tegasnya.

Kenyataan Erdogan itu sekali gus menyukarkan lagi prospek Sweden dan Finland untuk menyertai pakatan pertahanan itu sebelum pilihan raya Presiden dan Parlimen Turkiye, 14 Mei ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Erdogan malah sudah menetapkan beberapa syarat yang sukar termasuk permintaan supaya Sweden mengekstradisi puluhan suspek Kurdish yang dituduh atas keganasan atau terbabit dalam rampasan kuasa 2016 yang gagal.

HUBUNGAN BAIK BERTUKAR KERUH

Sebelum ini, hubungan Turkiye dan Sweden menunjukkan kemajuan dengan lawatan oleh menteri tertinggi ke Ankara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Stockholm juga menggubal satu pindaan perlembagaan bagi membolehkan undang-undang antikeganasan yang lebih ketat seperti dituntut oleh Ankara diluluskan.

Bagaimanapun, keadaan bertukar buruk apabila sekumpulan kecil rakyat Kurdish menggantung patung Erdogan di luar dewan bandar raya Stockholm awal bulan ini.

Turkiye memanggil Duta Sweden dan membatalkan jemputan speaker Parlimennya untuk melawat Ankara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keputusan polis Sweden untuk meluluskan bantahan dan tindakan membakar al-Quran itu turut mendapat respons yang sama.

Turkiye memanggil Duta Stockholm dan membatalkan lawatan yang dirancang oleh Menteri Pertahanan Sweden, Tobias Billstrom ke Ankara.

SWEDEN KUNCI MULUT

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menteri Luar Sweden, Tobias Billstrom mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati dan enggan mengulas mengenai kenyataan Erdogan atas alasan mahu memahami dengan tepat apa yang telah diperkatakan pemimpin itu.

“Tetapi Sweden akan menghormati perjanjian yang wujud antara Sweden, Finland dan Turkiye berhubung keahlian NATO kami,” tambahnya.

Sweden dan Finland memohon untuk menyertai NATO tahun lepas berikutan pencerobohan Russia ke atas Ukraine tetapi kesemua 30 negara anggota mesti meluluskan bidaan mereka. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ankara sebelum ini berkata, Sweden khususnya mesti terlebih dahulu mengambil pendirian yang lebih jelas terhadap pengganas, terutamanya militan Kurdish yang terlibat dalam cubaan rampasan kuasa 2016 di Turkiye.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Ned Price berkata, Finland dan Sweden bersedia untuk menyertai pakatan itu, tetapi enggan mengulas sama ada komen Erdogan itu boleh menutup terus peluang kedua-dua negara tersebut.

“Tidak dapat dinafikan, ini adalah keputusan dan konsensus yang Finland dan Sweden perlu capai dengan Turkiye,” kata Price.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Price memberitahu wartawan, tindakan membakar al-Quran adalah perbuatan yang sangat biadap dan AS berpendapat, dalang di sebalik apa yang berlaku di Sweden mungkin sengaja cuba melemahkan perpaduan di seluruh Atlantik dan sekutu Eropah. 

“Kami mempunyai pepatah tentang sesuatu yang sah dilakukan tetapi memberi impak yang buruk. Apa yang dapat saya katakan, Sweden termasuk dalam kategori itu,” kata Price.

Pembakaran al-Quran tersebut dilakukan oleh pemimpin parti politik sayap kanan Denmark Hard Line, Rasmus Paludan yang juga mempunyai kewarganegaraan Sweden dan pernah mengadakan beberapa demonstrasi sama beberapa tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beberapa negara di seluruh dunia termasuk Malaysia, Arab Saudi, Jordan dan Kuwait mengecam peristiwa itu.-AFP/REUTERS


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Jabatan Insolvensi Malaysia sedang merangka beberapa cadangan pindaan terhadap Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) bagi menambah baik sistem pentadbiran kebankrapan termasuk...

Mamak News

0 Sering Kena Maki Dan Paksa Buat “OT”, Lelaki Nekad Tikam Bos Hingga Mati Seorang pengawal keselamatan didakwa menikam bosnya hingga mati kerana memaksanya...

Mamak News

0 JAKARTA: Perhimpunan Advat Indonesia (Peradi) bekerjasama dengan Majlis Peguam Malaysia dalam usaha memajukan peranan masing-masing di persada antarabangsa. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi...

Hiburan

0 KAJANG – Penyanyi Sissy Imann mengakui menyesal terlampau mengikut emosi sehingga mengambil keputusan menjual album sulung hanya pada harga RM20, sedangkan kos pembikinan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications