Hi, what are you looking for?

Mamak News

Erdogan pertahan kedudukan sebagai Presiden Turkiye


ISTANBUL: Presiden Recep Tayyip Erdogan menang pusingan kedua Pilihan Raya Presiden Turkiye semalam, sekali gus melanjutkan lagi pemerintahannya selama lima tahun di negara itu menuju dua dekad.

Pemimpin berusia 69 tahun itu mengatasi krisis ekonomi terburuk Turkiye dalam satu generasi dan pakatan pembangkang paling kuat yang pernah dihadapi parti berteraskan Islam pimpinannya untuk memenangi pilihan raya paling sukar itu.

Jalan di negara itu meriah dengan sambutan penyokong yang membunyikan hon kenderaan dan penghormatan dari seluruh dunia, dengan pemimpin terpenting dalam sejarah Turkiye itu mengetuai lautan penyokongnya menyanyikan lagu kemenangan di luar istana presiden di Ankara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lokasi ikonik di Istanbul, Dataran Taksim, turut dibanjiri orang ramai yang bernyanyi dan mengibarkan bendera.

Dalam ucapannya selepas kemenangan bersejarah itu, beliau meminta rakyat Turkiye untuk bersatu.

“Kita harus bersatu dalam perpaduan dan solidariti. Kami menyeru dengan sepenuh hati kami,” kata Erdogan kepada orang ramai yang meraikan kemenangannya dan mengibarkan bendera.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keputusan pilihan raya itu menunjukkan Erdogan menewaskan pencabarnya dari parti pembangkang sekular, Kemal Kilicdaroglu dengan empat mata peratusan.

Erdogan dilihat sebagai wira golongan miskin di pedalaman Turkiye kerana ketegasan dan ketaatan mematuhi ajaran Islam tetapi pada masa sama, menggalakkan kebebasan beragama serta usaha memodenkan negara itu.

Pemulihan ekonomi Turkiye akan menjadi cabaran paling besar bagi Erdogan kerana mata wang lira kini merudum teruk dan ladar inflasi mencecah 85 peratus tahun lalu. – AFP

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications