Hi, what are you looking for?

Sukan

Erik Ten Hag anggap VAR gagal konsisten


MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag mengakui kurang senang dengan sikap Casemiro yang cuba mempertahankan rakan sepasukannya, Antony biarpun berdepan layangan kad merah pada aksi bertemu Crystal Palace kelmarin.

Bagaimanapun, pengendali kelahiran Haaksbergen, Belanda itu percaya bahawa penyerang Palace, Jordan Ayew sepatutnya perlu dikenakan hukuman sama kerana bertindak di luar batas ke atas Fred ketika insiden tercetus ekoran kekasaran Jeff Schlupp terhadap Antony.

Casemiro berdepan hukuman penggantungan tiga perlawanan selepas pegawai pengendali Vi­deo Bantuan Pengadil (VAR), Tony Harrington mendapati dia telah mencekik leher Will Hughes ketika perlawanan berakhir de­ngan United meraih kemenangan 2-1 di Old Trafford itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Anda boleh lihat bagaimana para pemain mempertahankan rakan sepasukan mereka sendiri. Ia adalah semangat yang baik ditunjukkan. Mereka tidak mahu ada rakan sepasukan dicederakan oleh pemain lawan. Namun, saya fikir mereka perlu lebih bijak mengawal emosi dan berdepan situasi seperti itu.

“Ia adalah situasi yang sukar. Pemain kedua-dua pasukan sebenarnya bertindak melampaui batas, tetapi hanya satu pemain dihukum dan saya anggap itu adalah tidak adil,” katanya.

Ten Hag mengakui bahawa Casemiro telah melakukan tindakan yang tidak sepatutnya, namun percaya Ayew juga me­lakukan perkara yang sama apabila mencekik leher Fred, tetapi terlepas daripada sebarang hukuman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya fikir pemain itu (Ayew) juga perlu berdepan hukuman yang sama dan VAR perlu diuruskan secara konsisten. Minggu lalu kami kehilangan Christian Erik­sen ekoran terjahan keras, namun VAR tidak melakukan tugasnya. Mereka tidak konsisten dan ini tidak adil.

“Casemiro cuba untuk menghalang pemain yang cuba melakukan serangan ke atas pemain kami. Dia tidak berniat untuk melakukan kecederaan, tetapi tindakannya dianggap keterlaluan. Namun, ramai lagi pemain yang bertindak melampau dalam insiden itu,” jelasnya. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Mamak News

0 SEREMBAN – SIRIM Berhad menyasarkan seramai 50,000 orang usahawan dapat dilahirkan menjelang tahun 2027 menerusi program pembangunan usahawan termasuk inisiatif tanggungjawab sosial korporat...

Sukan

0 MADRID – Pengendali berpengaruh dari Sepanyol, Luis Enrique mengakui masih terlalu awal untuk mengasah taring dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications