Hi, what are you looking for?

Sukan

Eriksen gembira dianggap jelmaan legenda Manchester United


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

MANCHESTER – Kecemerla­ngan Christian Eriksen yang berada di puncak prestasi ketika ini bersama Manchester United menyebabkan persembahannya mula dibandingkan dengan le­genda kelab itu, Paul Scholes.

Pemain antarabangsa Denmark itu berhijrah ke Old Trafford dengan status ejen bebas selepas kontraknya selama enam bulan bersama Brentford ber­akhir Jun lalu, kira-kira 13 bulan selepas dia terkena serangan jantung pada kempen Euro 2020.

Keputusan memilih menyertai United dilihat agak tepat apabila Eriksen berjaya menembusi ke­sebelasan utama skuad kenda­lian Erik Ten Hag itu dalam setiap perlawanan ketika ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia mendapat kepercayaan pengurus dari Belanda itu untuk mengemudi bahagian tengah yang terbukti mampu memberikan variasi baharu buat pasukan tersebut sekali gus dianggap sebagai jelmaan baharu Scholes.

“Sudah tentu ia suatu yang sangat hebat apabila diban­dingkan dengan pemain sebegitu (Scholes), tetapi anda perlu mencipta gaya dan nama tersendiri.

“Saya bertuah kerana sebelum ini pernah beraksi menentang Scholes. Dia adalah seorang pemain yang hebat dan saya gembira apabila ada yang menyamakan saya dengan dirinya,” jelas Eriksen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nama Eriksen tidak asing di Liga Perdana Inggeris selepas dia beraksi selama tujuh musim bersama Tottenham Hotspur bermula 2013 hingga 2020 dan dia mengakui sangat berbesar hati diberikan peranan bersama United.

“Seperti juga orang lain, saya sentiasa mengikuti perkembangan di United. Mereka adalah kelab yang besar dan tidak ada seorang pun yang tidak mengetahui mengenai United,” jelasnya. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MELAKA – Seramai 30 pengamal media berstatus sambilan di negeri ini mendaftar dan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. “Kami Mampu Melakukannya”, Tular Semula Ucapan Biden, Projek Nord Stream 2 Akan Dihentikan Jika Rusia Serang Ukraine Hari...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUANTAN – Buruh warga Myanmar maut selepas dihempap runtuhan konkrit ketika melakukan kerja pembinaan longkang berhampiran sekolah memandu...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal. Jauh Beza, Transformasi Rumah Lama...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications