Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Ernie takut kongsi pentas dengan Ziana Zain


PETALING JAYA – Penyanyi Ernie Zakrie mengakui takut apabila pertama kalinya bakal bertanding dan berkongsi pentas besar di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) bersama ibu saudaranya iaitu penyanyi terkenal, Ziana Zain.

Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, ketika ditemui Kosmo! Online berkata, peluang berada satu pentas dengan penyanyi bersuara lantang itu diibaratkan umpama mimpi, lebih-lebih lagi Ziana merupakan salah satu nama besar dalam industri tanah air.

“Pertama kali bakal berkongsi pentas di Anugerah Juara Lagu (AJL) dengan maklong (pangkat Ziana Zain), sudah tentu saya sangat takut sebab dia adalah ‘Ziana Zain’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya melihat dia menyanyi sejak saya masih kecil. Jadi peluang untuk berkongsi pentas besar di AJL bersama dengannya ibarat satu mimpi,” kata Ernie.

Enggan menjadikan persaingan dengan pelantun Madah Berhelah itu sebagai satu beban, Ernie percaya semuanya berbalik pada rezeki masing-masing.

Pada masa sama, isteri kepada penyanyi Syamel itu turut mendoakan agar Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 55, sentiasa berada dalam keadaan sihat dan mendoakan agar segala yang dirancang olehnya berjalan dengan lancar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya sangat gembira dan mendoakan agar maklong diberikan kemudahan sebab dia pun sedang sibuk membuat persiapan untuk mengadakan konsert solo.

“Insya-Allah semoga semuanya baik-baik sahaja,” ujar Ernie.

Ketika disoal tentang persiapannya menjelang AJL38, Ernie yang bakal mempertaruhkan lagu Astana, hasil ciptaan bersama dirinya Omar K, Syamel dan Shazriq Azeman berkata dia masih memikirkan tentang konsep yang bakal dipersembahkan pada kemuncak AJL38 nanti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tentang persiapan ke pentas AJL38, sejujurnya saya belum fikir apa-apa lagi tentang konsep yang akan ditampilkan. Lagi pun isu kontroversi membabitkan lagu Astana baru sahaja selesai.

“Banyak lagi aspek lain yang perlu saya perbaiki daripada segi nyanyian dan persembahan. Insya-Allah saya akan cuba berikan yang terbaik, bukan sahaja untuk komposer lagu ini, tetapi juga untuk peminat yang mahu melihat saya berada di pentas AJL,” katanya.

Malam kemuncak AJL38 yang bakal berlangsung pada Mac tahun hadapan menyaksikan Ziana Zain akan menyanyikan lagu Waktu, duet bersama pendatang baharu, Hasif Upin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut berjaya melangkah ke pentas berprestij itu adalah lagu Sutera nyanyian Aisha Retno, Inilah Jalannya (Masdo), Darah (Marsha Milan), Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Kalam (Shiha Zikir), Kucuma (Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita), Bintang (Hael Husaini) dan Selagi Ku Ada, nyanyian Khai Bahar dan Nabila Razali. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement