Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

‘Ernie terbaik, buat bulu roma saya meremang’


 

PETALING JAYA – Penyanyi Aina Abdul menyifatkan pemilihan Ernie Zakri sebagai penyanyi jemputan pada konsert solonya di Singapura adalah pilihan yang tepat.

Kata pemilik nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani, 30, Ernie merupakan pilihannya sendiri dan merasakan mampu memberi persembahan hebat pada konsertnya nanti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selepas melihat senarai pendek penyanyi undangan, seperti ada kekurangan. Kali ini saya memang ‘petik’ nama Ernie sebab sangat kagum dengan bakatnya.

“Kemudian ini adalah peluang terbaik untuk menutup mulut orang yang kerap membanding-bandingkan kami berdua,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Aina yang popular menerusi lagu Terus Hidup itu juga mahu melenyapkan tanggapan ramai mengenai dia dan Ernie tidak boleh bekerjasama untuk sesebuah projek.

“Saya mahu buktikan kuasa wanita itu wujud dan memadam persepsi ramai kami tak boleh bekerja bersama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kita perlukan lebih banyak perkara positif dalam industri,” ujarnya.

Dia juga percaya pemilihan Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, mampu memberi impak hebat pada konsert tersebut.

Bahkan, Aina juga memberi bayangan bakal berduet dengan penyanyi lagu Boneka itu pada acara berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya pilih dia sebab mahu penyanyi yang betul-betul boleh menyanyi.

“Yang boleh bagi saya naik ‘syeikh’ dan membuatkan bulu roma meremang di atas pentas.

“Saya mahukan momen itu dan sudah lama tak merasakannya  dengan penyanyi wanita. Jadi, Ernie adalah pilihan terbaik,” katanya lagi.

Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-37 itu juga bersyukur apabila undangannya menerima respons positif daripada pihak Ernie.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Alhamdulillah dia setuju dan kami sudah pun berlatih sebuah lagu bersama.

“Saya pasti, peminat dan penonton yang hadir pasti akan menangis,” ujarnya tanpa berkongsi lagu yang akan dipersembahkan bersama Ernie.

Terdahulu, Aina mengumumkan bakal mengadakan konsert solonya di Singapura, A Night With Aina Abdul Live In Singapore bertempat di The Theatre  Mediacorp pada 6 Januari tahun depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Konsert anjuran Neptune Presents dengan kerjasama Aina Abdul Entertainment itu akan digamatkan dengan 26 buah lagu popular sepanjang acara yang berdurasi selama dua jam 30 minit itu.

Persembahan pada malam itu nanti akan diiringi 15 pemuzik profesional yang diterbangkan dari Malaysia di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor, Mac Chew. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement