Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Erra Fazira takkan berebut anak dengan bekas suami


KUALA LUMPUR – Enggan puteri kesayangan Engku Aleesya kurang kasih sayang ibu bapa, pelakon dan penyanyi, Erra Fazira mengakui dia dan bekas suami, Engku Emran sanggup bertolak-ansur demi kebahagiaan anak mereka.

Erra atau nama sebenarna, Fazira Wan Chek berkata, dia tidak mahu anaknya itu merasai nasib sama sepertinya yang tidak menerima kasih sayang seorang ayah sejak kecil.

“Macam saya, saya dibesarkan ibu tunggal dan tidak pernah dapat kasih sayang seorang bapa, sekali gus membuatkan saya faham sangat perasaan perit itu.

“Jadi saya nekad mahu anak saya dapat kasih sayang kedua-dua kami walaupun antara saya dan bapanya tiada apa-apa lagi ikatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya sebagai ibu enggan mengganggu proses pembesarannya, selain mahu Aleesya mendapat hak untuk hidup bahagia,” kata Erra, 50, kepada Kosmo! Online.

Menyedari isu perebutan anak yang berlaku dalam kalangan pasangan selebriti, Erra berkata, seorang antara ibu atau bapa hendaklah mengalah dan menurunkan ego agar tidak memberi kesan buruk terhadap anak mereka.

Malah, kata pelakon yang diberi julukan Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu, kemelut dalaman rumah tangga atau keluarga tidak perlu dicanang dalam media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ibu bapa perlu merendahkan ego masing-masing dengan memberi keutamaan kepada kebahagiaan zuriat mereka selepas bercerai.

“Apabila bercerai, keadaan memang tegang terutama membabitkan soal anak. Nasihat saya kepada pasangan bercerai, sebagai orang dewasa kita letakkan ego ke tepi.

“Jangan beri tekanan kepada mereka, selain tak perlu tunjuk susah senang pada orang kerana media sosial menggambarkan siapa diri kita yang sebenar,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media program Nasi Lemak Kopi O, semalam.

Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer dan penyanyi, Yusry Abdul Halim pada 2003, namun bercerai tiga tahun kemudian.

Kemudian, dia bertemu jodoh pula dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin dan dikurniakan Engku Aleesya yang kini berusia 15 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, bahtera rumah tangga yang dibina tidak kekal lama apabila mereka bercerai selepas tujuh tahun berkahwin. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement