Hi, what are you looking for?

Hiburan

Erry Putra dibedah kerana batu karang


PETALING JAYA – Pelakon Erry Putra tidak menyangka kesakitan luar biasa pada bahagian perut yang dialami tiga hari lalu adalah kerana masalah batu karang sehingga menyebabkan dia terpaksa dibedah di sebuah hospital swasta di Taiping pada malam tadi.

Menurut Erry atau nama sebenarnya Muhammad Razlan Hamzah Ahmad, 45, ketika kejadian dia berada di Taiping, Perak kerana menguruskan acara Putra Fest di sana.

“Selama 10 hari saya di Taiping dengan keadaan cuaca panas dan kurang minum air penyebab kepada masalah saya ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Waktu untuk bertolak ke Kuala Lumpur tiba-tiba sahaja perut saya begitu sakit yang tidak boleh hendak digambarkan. Lagi saya urut, lagi sakit dan saya terasa sakit untuk kencing.

“Alhamdulillah, ini hari ketiga saya di hospital. Malam tadi saya telah menjalani pembedahan dan semuanya berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Ironinya, ini merupakan kali ketiga pelakon drama Andai Itu Takdirnya itu dimasukkan ke hospital sepanjang dua tahun kebelakangan ini.

Sebelum ini Erry pernah dimasukkan ke hospital kerana masalah apendiks sebulan kemudian diserang demam denggi dan terbaharu disebabkan masalah batu karang di pundi kencingnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Walaupun kebelakangan ini saya banyak kali masuk hospital, tetapi saya bersyukur kerana sakit adalah penghapus dosa.

“Perkara yang paling menyedarkan saya adalah keperluan insurans. Bayangkan selama 20 tahun saya ambil insurans baru sejak kebelakangan ini saya menggunakannya.

“Tiga kali berturut-turut pula, jika tiada insurans pasti banyak wang yang perlu dihabiskan untuk membayar bil hospital,” luah Erry. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tengah-Tengah Malam Naik Notifikasi “Suspicious Person” Berdekatan Kereta, Rupanya… Seperti yang diketahui waktu malam sememangnya membuatkan bulu roma sesiapa sahaja berdiri kerana persekitaran...

Sukan

0 PETALING JAYA – Penyerang antarabangsa Colombia, Radamel Falcao dilaporkan sudah berada di Johor Bahru sekali gus menguatkan lagi spekulasi bakal bermain dalam kancah...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Penyanyi Iman Troye menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa sahaja mata pelajaran bagi keputusan Sijil...

Mamak News

0 KUALA NERUS – Seorang mekanik maut setelah kereta Perodua Kancil dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah jengkaut di Kampung Buluh Gading di sini, hari...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications