Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Espargaro tak mudah kibar bendera putih


VALENCIA – Pelumba berpengalaman, Pol Espargaro mengakui, masih belum putus harapan dalam usaha untuk membuat kemunculan semula pada Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) selepas tidak disenaraikan bersama pasukan utama musim depan.

Sebagai rekod, Espargaro te­lah mewakili pasukan GASGAS Tech3, tetapi kontraknya selaku pelumba utama ditamatkan apabila pihak pengurusan membuat keputusan untuk menaikkan pangkat pelumba muda, Pedro Acosta musim depan.

Situasi tersebut menyaksikan Espargaro hanya diberikan kontrak selaku pelumba ujian dan ‘simpanan’ bersama seorang lagi muka veteran, Dani Pedrosa sekiranya mana-mana pemandu utama pasukan KTM mengalami kecederaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Espargaro mengakui, agak kecewa apabila tidak lagi menjadi pelumba sepenuh masa buat kali pertama dalam kariernya selepas lebih 12 tahun mewarnai arena MotoGP bermula saingan Moto2 pada edisi 2011.

“Sudah tentu saya sedih apabila tidak lagi menjadi salah seorang pelumba utama pada kempen musim depan. Secara jujur, saya bakal merindui suasana sebelum berlumba kerana ia memberi perasaan yang sukar untuk digambarkan.

“Namun, saya pasti peluang untuk saya kembali secara kompetitif masih lagi terbuka, tetapi harus diakui buat masa ini saya perlu tutup buku dengan kena­ngan silam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kini, saya perlu fokus dengan tugas yang diberikan selaku pelumba simpanan. Kita telah saksikan bagaimana Pedrosa menjalankan tugas cukup baik pada tahun ini dan saya hanya perlu menunggu peluang tersebut,” ­katanya. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement