Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Estranged nak jemput Fazura jayakan konsert


KUALA LUMPUR – Demi membangkitkan nostalgia peminat, kumpulan Estranged berhasrat untuk mengundang penyanyi Fazura ke konsert Apa Khabar Teman? yang akan berlangsung pada 3 Februari 2024 di Persada Johor, Johor Bahru.

Menurut pemain gitar kumpulan itu Din Harmatov, pada konsert berkenaan Estranged akan menjemput beberapa orang penyanyi yang pernah terlibat dalam perjalanan karier muzik kumpulan itu.

“Memang kami akan menjemput beberapa orang penyanyi jemputan yang terdiri daripada teman-teman untuk memeriahkan lagi konsert ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kalau Fazura dapat sertai pun lebih meriah kerana dia pun termasuk dalam perjalanan karier muzik Estranged. Tetapi buat masa ini kami belum dapat mengesahkan perkara tersebut.

“Pihak kami akan mengumumkan nama-nama penyanyi jemputan secara berperingkat,” tutur Din atau Solihuddin Hormat.

Fazura pernah berduet dengan kumpulan Estranged menerusi lagu Hancur Aku yang dikeluarkan pada 2015. Lagu tersebut pernah mencetuskan fenomena apabila tersenarai dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 31 pada 2016.

Konsert Apa Khabar Teman? merupakan konsert kemunculan semula kumpulan Estranged yang dianggotai oleh Rich Gimbang(vokalis), Din (gitar) dan Hanafi Hadi (gitar) selepas tujuh tahun tidak aktif di semenanjung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selama tempoh berkenaan, kumpulan yang pernah bergelar pemenang Anugerah Juara Lagu ke-22 menerusi lagu Itu Kamu itu hanya aktif di Sabah dan Sarawak.

“Rasanya sudah tiba masa yang sesuai untuk kami aktif dan mengadakan konsert besar di semenanjung. Jika mendapat sambutan, kami akan mengadakan konsert ini ke lokasi berbeza di sekitar semenanjung, Sabah dan Sarawak,” ujar Rich.

Tiket-tiket berharga RM99 sehingga RM300 akan mula dijual pada 27 November ini menerusi laman web, www.ticket2u.com. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Sukan

0 LONDON – Pelumba McLaren, Lando Norris mengharapkan perubahan besar berlaku ke atas jenteranya menjelang saingan musim depan bagi membolehkannya konsisten dalam setiap perlumbaan....

Hiburan

0 KUALA LUMPUR – Persembahan finalis All Stars Gegar Vaganza (GV10) iaitu Liza Hanim yang menyanyikan lagu My Heart Will Go On diibaratkan sebagai...

Mamak News

0 Dua Petani Maut Disambar Petir Ketika Berteduh Di Pond Dua orang petani maut disambar petir ketika sedang berteduh di pond berhampiran sebidang sawah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications