Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Ethiopian Airlines sambung semula penerbangan ke Malaysia


SEPANG – Ethiopian Airlines hari ini meraikan penyambungan semula penerbangannya dari Addis Ababa, Ethiopia ke Kuala Lumpur selepas dua tahun mengalami sekatan perjalanan berikutan pandemik Covid-19.

Ketibaan syarikat penerbangan terbesar Afrika itu disambut dengan semburan air sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada pukul 5 petang dengan membawa seramai 190 penumpang.

Pengarah Urusan Ethiopian International Services, Mesfin Biru berkata, Ethiopian Airlines bakal mengendalikan sebanyak empat kali penerbangan dalam seminggu menggunakan pesawat Boeing 787 Dreamliner.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya, sebelum ini, syarikat penerbangan tersebut telah memulakan perkhidmatan antara Addis Ababa dan Malaysia dengan perkhidmatan tiga kali seminggu pada tahun 2012, sebelum ia digantung sementara pada 2021 akibat Covid-19.

“Kami amat teruja untuk kembali beroperasi dan melalui penyambungan semula penerbangan ini, ia memberi pilihan perjalanan yang mudah dan lancar antara Kuala Lumpur dan lebih daripada 60 destinasi di Afrika.

“Kuala Lumpur adalah destinasi pilihan untuk pelancong bagi urusan perniagaan atau percutian dan kami berbangga untuk menyediakan pilihan perjalanan tersebut kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas sambutan penyambungan semula pesawat Ethiopian Airlines di KLIA Terminal 1 hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas lanjut, Mesfin berkata, penerbangan tersebut juga merupakan salah satu saluran yang meredakan hubungan diplomatik dan sosio-ekonomi antara Malaysia dan Afrika.

Justeru katanya, penyambungan semula perkhidmatan itu memainkan peranan penting dalam hubungan kedua-dua buah negara.

“Malaysia adalah sebuah negara yang hebat dari segi ekonomi dan hubungan dalam aktiviti perdagangan, sosial atau pelancongan bakal mengembangkan lagi prospek kedua-dua negara serta menjadi satu kelebihan yang besar buat Malaysia dan Afrika,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement