Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Exists serah sumbangan RM20,000 untuk karyawan seni


PETALING JAYA – Kumpulan terkenal Exists berbesar hati apabila menyerahkan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez bagi membantu anak seni yang memerlukan.

Sumbangan yang dikumpul itu adalah hasil daripada kutipan RM10 daripada setiap pembelian tiket konsert Exists X Orkestra yang berlangsung di Mega Stars Arena, malam tadi.

Vokalis kumpulan Exists iaitu Ezad Lazim mewakili anggota kumpulannya terdiri daripada Ajai, Ujang, Musa dan Along ketika memberikan ucapan, menzahirkan penghargaan kepada 6,000 penonton yang hadir meraikan konsert tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudir hadir meraikan konsert Exists X Orkestra. Kehadiran anda semua amat kami hargai,” ujarnya.

Selain Ezad, turut menyerikan persembahan yang berlangsung selama dua jam itu adalah vokalis asal Exists iaitu Mamat.

Konsert yang berlangsung meriah itu menyaksikan Exists, diketuai oleh Ezad dan Mamat, mempersembahkan 24 lagu popular mereka secara bergilir-gilir.

Antara lagu hit sepanjang zaman yang dinyanyikan ialah Masih Terserlah Ayumu, Hilang Dalam Ramai, Untukmu Ibu, Julia, Jesnita, Mengintai Dari Tirai Kamar, Alasanmu dan Mama Tolonglah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, persembahan yang diiringi Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu turut menyaksikan band yang mencipta fenomena sekitar tahun 1990-an itu turut menyanyikan semula lagu Rindu Serindu Rindunya dendangan asal kumpulan Spoon dan Tak Mungkin Berpaling Slam. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement