Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Fadhlina mula tugas Menteri Pendidikan hari ini


PUTRAJAYA- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, tiba di bangunan Kementerian Pendidikan di Kompleks E di sini, bagi memulakan tugas pada hari pertama.

Ahli Parlimen Nibong Tebal itu tiba pada pukul 8.55 pagi dengan disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali di lobi bangunan berkenaan.

Beliau juga sempat bergambar bersama pengurusan kanan sebelum mengimbas kad perakam waktu pada pukul 9 pagi dan seterusnya dibawa naik ke pejabatnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fadhlina, 45, yang berpengalaman sebagai aktivis dan peguam banyak terbabit dalam perkara berkaitan literasi undang-undang keluarga Islam, perlindungan serta keselamatan kanak-kanak selain mempunyai firma guaman syarie sendiri.

Kerjaya politik beliau bermula pada 2020 selepas menyertai PKR dan dilantik sebagai Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita PKR, sebelum memenangi pemilihan PKR untuk jawatan Ketua Wanita parti itu pada Julai tahun ini.

Beliau juga adalah Ahli Dewan Negara yang dilantik pada 1 September 2021 bagi mewakili Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fadhlina merupakan antara 28 menteri Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kelmarin.

Kesemua jemaah menteri akan memulakan tugas hari ini dengan agenda pertama adalah mesyuarat khas Kabinet yang dipengerusikan Anwar. -KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement