Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Fafau menangis, ‘saya takkan pilih duit, saya pilih cinta’


PETALING JAYA – Bakal menginjak usia 44 tahun bulan depan, penyampai radio Fara Fauzana menitiskan air mata apabila diajukan soalan berkenaan jodoh ketika sedang bertugas di konti radio Hot FM.

Fara atau nama sebenarnya, Farah Fauzana Mohd. Fadzil tidak dapat menahan sebak di dada apabila berborak dengan rakan sekonti tentang pilihan sama ada cinta atau duit.

Selepas menitiskan air mata, rakan sejawat Fara atau mesra disapa Fafau iaitu AG Azmeer bertanyakan, ada sesiapa yang ingin membeli cinta daripadanya namun wanita itu tegas dengan pendiriannya memilih cinta berbanding wang ringgit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“If you ask me (kalau anda tanya saya), saya takkan pilih duit, saya akan pilih cinta,” katanya seraya mengesat tangisan yang membasahi pipinya.

Video tersebut dikongsikan menerusi laman rasmi Hot FM dalam aplikasi X yang mendapat pelbagai respons daripada pengguna laman sosial tersebut.

“Duit boleh dicari tapi cinta yang ikhlas susah nak dapat,” tulis seorang peminat.

“Dari satu sudut rasa macam nak putus asa walau satu sudut lagi tahu yang berputus asa itu seolah-olah tak yakin pada Allah. Tapi memang betul pun, kita tak boleh berpura-pura tentang apa yang kita rasa.

“Moga kita jumpa jodoh yang terbaik Fafau,” tulis seorang pengguna X yang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada Julai 2016, Fara mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang lelaki bernama Mohamed Hafiz Badiuzzaman.

Bagaimanapun, berikutan masalah peribadi, perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan pada saat akhir. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement