Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

Faisal ikrar bantu Selangor FC


PASUKAN Selangor FC bersedia untuk mendapatkan bekalan selesa menjelang aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2023 menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak malam ini.

Pemain sensasi Gergasi Merah, Faisal Halim meletakkan harapan tinggi untuk meneruskan momentum cemerlang dengan membantu pasukan meraih keputusan positif sebagai bekal sebelum aksi pusingan kedua di Petaling Jaya nanti.

Kata Faisal, prestasi cemerlang yang dipamerkan sepanjang bersama skuad Harimau Malaya dalam tugasan antarabangsa di China sejak dua minggu lepas akan dijadikan sebagai azimat ketika mewakili peringkat kelab kali ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Alhamdulillah, rezeki daripada Allah, saya dapat menjaringkan gol dalam perlawanan menentang China yang saya dedikasikan untuk rakyat Malaysia.

“Saya amat berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh keluarga dan para penyokong. Walaupun berakhir dengan keputusan seri kedua-dua perlawanan, saya yakin pemain-pemain telah berikan segalanya untuk Malaysia.

“Kini, saya dan rakan sepasukan, Brendan Gan, Sharul Nazeem dan Quentin Cheng akan meneruskan perjuangan di Piala Malaysia pula.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Demi mendapatkan persiapan yang cukup, kami telah menjalani sesi latihan bermula Rabu untuk persiapan menentang TFC pada Sabtu (hari ini),” kata pemain berusia 25 tahun itu.

Faisal dijangka akan terus menjadi ‘ayam tambatan’ skuad kendalian Tan Cheng Hoe pada perlawanan di Pantai Timur itu nanti.

Skuad Merah Kuning kini memburu trofi Piala Malaysia buat kali ke-33 dalam sejarah selepas hanya bergelar naib juara pada tahun lalu apabila tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Panik melihat anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat sekatan menyebabkan ada penunggang motosikal sanggup membahayakan diri dengan melawan arus bagi...

Mamak News

0 “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri,...

Mamak News

0 IPOH – Sebanyak 10,568 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Motosikal 2023 dilancarkan bermula 1...

Sukan

0 IPOH – Biarpun membuat penampilan sulung pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, namun ia ternyata tidak mendatangkan masalah buat pelumba Caja...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications