Hi, what are you looking for?

#image_title

Hiburan

Faith4Palestine tanda solidariti buat rakyat Palestin – Faizal Tahir


PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib rakyat Palestin, penyanyi Faizal Tahir melalui gerakan kemanusiaan iamFaithmen dan kerjasama syarikat rakaman, Faithful Music menganjurkan majlis Faith4Palestine.

Bakal berlangsung di Royale Chulan, Damansara pada12 November ini, Faith4Palastine bertujuan mengumpul dana bantuan kemanusiaan untuk mangsa perang di Palestin selain menzahirkan solidariti rakyat Malaysia terhadap isu tersebut.

“Ini bukanlah acara hiburan semata-mata. Selain persembahan akustik, kami mengadakan sesi perbincangan terbuka (podcast) bersama pengasas Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri dan bidaan barang peribadi saya.

“Faith4Palestine adalah usaha membantu saudara kita di Gaza. Sesungguhnya mereka kini sangat memerlukan bantuan dan perhatian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Muzik adalah satu elemen yang penting dalam menyampaikan mesej. Saya sentiasa pastikan setiap lagu membawa maksud positif dan memberi sesuatu kepada komuniti,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain mengumpul dana, Faith4Palestine turut bertujuan mendidik masyarakat tentang sejarah panjang bumi Palestin serta memberi bimbingan tentang bagaimana orang ramai boleh membantu dalam tindakan secara kolektif.

Menurut Faizal, tiket acara berdurasi dua jam itu dijual pada harga pada harga RM99 dan semua keuntungan akan disalurkan terus kepada tabung bantuan Palestin melalui rakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cinta Gaza Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka yang berminat boleh layari www.ticket2u.com.my . – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Sukan

0 KEADAAN padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini tidak banyak berubah menjelang sepak mula aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications