Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

FAM ada ramai calon berdarah warisan


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sentiasa membuka pintu buat mana-mana pemain kacukan yang memiliki darah Malaysia untuk menyarung ­jersi skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, buat masa ini pihak persatuan sedang mengenal pasti tiga atau empat pemain berdarah warisan yang berpotensi untuk diserapkan dalam skuad kebangsaan.

Kata Noor Azman, pemilihan pemain-pemain terbabit bagaimanapun bergantung dengan penilaian ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan pengendali bawah 23 tahun (B-23) negara, Juan Torres ­Garrido

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kita telah kenal pasti dan alukan jika ada maklum balas berkaitan pemain kacukan di luar negara.

“Namun, semuanya bergantung kepada Pan-gon dan Torres untuk memi­lih mereka. Kita sudah bagi tiga atau empat pemain untuk dinilai,” katanya.

Sebagai rekod, lambakan pemain berdarah kacukan yang berpangkalan di Eropah telah dikenal pasti oleh ejen pencari bakat sehingga tular di laman sosial sejak beberapa bulan lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara pemain yang didakwa memiliki salasilah ‘anak Malaysia’ ketika ini adalah Naim Garcia daripada kelab Barcelona, Mats Deijl (Go Ahead ­Eagles), Sem Scherperman (Heracles Almelo) dan Ferdy Druijf (PEC Zwolle).

Difahamkan, kesahihan mengenai status wa­risan pemain-pemain itu perlu diper­halusi dahulu oleh pihak kerajaan sebelum diberikan taraf kerakyatan dengan syarat disokong oleh FAM.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement