Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

FAM akui ‘projek’ De Paula, Liridon gagal


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak malu untuk mengakui pemilihan Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi sebagai pemain naturalisasi negara sebagai projek gagal.

Selepas menghentikan program naturalisasi, badan induk itu tidak mempunyai hak untuk menyekat mana-mana kelab melakukan perkara sama selagi ia menepati peraturan ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang dipetik menerusi satu temubual stesen televisyen tempatan menjelaskan program naturalisasi ketika era bola sepak moden sudah pun selari dan ia turut diamalkan oleh negara luar termasuk kuasa besar bola sepak dunia lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya nyatakan bola sepak Malaysia sudah ketinggalan jauh, jadi kita nak percepatkan. Semasa saya naik sebagai presiden, salah satu manifesto adalah perkenalkan naturalisasi, masa itu yang tinggal di Malaysia (lepasi syarat lima tahun) adalah Liridon dan De Paula.

“Itu saya sifatkan memang betul gagal. Saya hanya mencuba sebab dalam peraturan FIFA membenarkan, Sepanyol, Perancis, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu dan China pun buat.

“Apabila Liridon dan De Paula gagal atas beberapa sebab, saya tahu mengenai kecaman dan saya terima pendapat orang. Di pihak FAM sudah tutup, tetapi di peringkat kelab saya tidak boleh tahan sebab mereka ada hak,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain De Paula dan Liridon, Malaysia kini turut memiliki tiga lagi bintang naturalisasi, Paulo Josue, Romel Morales dan Mohamadou Sumareh yang ketiga-tiganya kini sedang bersama Harimau Malaya di Qatar untuk sertai Piala Asia.

Dalam masa sama, Hamidin juga menjelaskan isu naturalisasi tidak boleh disamakan dengan pemain warisan kerana ia adalah perkara berbeza, malah FIFA juga sudah memiliki peraturan jelas mengenainya.

“Mungkin peminat pun terlepas pandang, kalau kita lihat kita ada pemain warisan seperti Dion Cools atau pun Matt Davies. Untuk pemain warisan mereka tidak perlu tunggu lima tahun. Memang pemain warisan pun ramai, tetapi tidaklah seramai Filipina,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement