Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

FAM gantung Yazan seumur hidup


KUALA LUMPUR – Bekas pertahanan import Selangor, Yazan Al-Arab digantung seumur hidup daripada terbabit dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk dalam urusan pentadbiran, pengurusan, kesukanan bola sepak dan apa juga aktiviti yang bersampingan di Malaysia.

Hukuman berat ini dikenakan selepas pemain dari Jordan itu bertindak luar kawalan termasuk dirakam menyepak pengadil pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Terengganu FC di Stadium MBPJ, 24 September lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu mengenakan dua pertuduhan ke atas Yazan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Melanggar Artikel 51, perenggan 1(a) dan Artikel 59 Kod Tatatertib FAM kerana telah meluru ke arah pengadil perlawanan sambil mengeluarkan kata-kata kepada pengadil perlawanan dan apabila pengadil perlawanan memusingkan badan untuk pergi, pemain ini telah menarik bahu dan seterusnya menolak dengan daya yang berlebihan di bahagian dada.

“Setelah dilayangkan kad merah, pemain ini secara agresif telah menyerang dengan menyepak ke bahagian punggung kiri dan telah meludah ke arah pengadil perlawanan. Pemain ini digantung empat perlawanan bagi pertuduhan pertama.

“(Bagi pertuduhan kedua) digantung seumur hidup daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan dan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya di Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jawatankuasa ini telah memutuskan untuk mengguna pakai Artikel 43 Kod Tatatertib FAM di mana jika terdapat beberapa hukuman yang boleh dikenakan akibat daripada pelanggaran yang berkait, jawatankuasa ini boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran yang paling serius yang dilakukan sahaja,” katanya.

Ketika ini, Yazan yang sudah pun tampil memohon maaf tidak lagi memiliki sebarang kontrak dengan Red Giants selepas pasukan itu ambil keputusan ‘berpisah’ dengan pemain itu sejurus kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 LIVERPOOL – Penyerang Liverpool, Darwin Nunez perlu membuktikan ketajamannya sama seperti dilakukannya ketika mewakili Uruguay menjelang aksi Liga Europa menentang LASK Linz di...

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar. Kilang besi Ikeda yang...

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications