Hi, what are you looking for?

Bisnes

Fareha berjaya dalam pelan pemasaran strategik


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

PETALING JAYA – Newsfeed Media, syarikat yang membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk me­rangka pelan pemasaran serta penjenamaan, melihat pelan perancangan yang rapi dan berstrategi dapat membantu memperkenalkan jenama syarikat masing-masing untuk jangka masa panjang.

Pengarah Urusannya, Mohd. Afiq Abu Hasan berkata, pelaburan yang tinggi dalam pemasaran tidak menjamin ia berjaya untuk mengetengahkan jenama PKS dengan baik dan berkesan tetapi perlu dilaksanakan secara lebih tersusun.

“Pemasaran luar talian juga masih relevan, terutamanya dalam membina kepercayaan masyarakat atau pengguna selain mampu meningkatkan kredibiliti dan lebih diyakini kesahihannya berbanding pemasaran secara dalam talian yang boleh di muat naik, di ubah serta dipadam pada bila-bila masa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami sangat komited dan sentiasa bersedia untuk membantu usahawan dan menawarkan pelan pemasaran yang strategik bagi meningkatkan jenama syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara Newsfeed dengan Fareha Holding Sdn. Bhd. di sini baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fareha menjadi contoh PKS yang berjaya dalam bidang pemasaran sejak diketengahkan ke pasaran pada bulan Ogos 2020.

Melalui tudung bawal antikedut berharga RM27 sehelai, jenamanya kini semakin dikenali di pasaran tempatan sekali gus syarikat mencatat perolehan jualan yang baik setiap tahun.

“Fareha telah membuktikan bahawa produk tempatan hasil keluaran PKS telah berjaya mencipta jenama ke peringkat luar biasa dan dikenali di seluruh negara, malah mendapat tempat pertama di hati pencinta tudung bawal,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LIPIS – Kerajaan Pahang memperkenalkan Skim Tanah Warisan (STW) sebagai modul baharu penempatan bagi penduduk luar bandar yang...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KOTA BHARU – Kelantan FC menebus kekecewaan apabila tewas kepada Perak FC pada Rabu lalu selepas mencatat kemenangan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KYIV: Ukraine mendakwa pasukan tenteranya menembak depot peluru Russia berhampiran sebuah jambatan penting di selatan negara itu. Malah,...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Penawaran sebutharga sering dilakukan oleh pihak kerajaan sekiranya ingin membuka tender secara terbuka. Peluang tender ini akan cuba...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications