Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Hiburan

Farid Kamil nak bawa Che Mad tengok Anwar: The Untold Story


SHAH ALAM – Pelakon Farid Kamil menzahirkan hasrat untuk membawa anak sulungnya, Muhammad atau Che Mad menonton filem terbaharu lakonannya yang sedang hangat diperkatakan ramai di pawagam, Anwar: The Untold Story.

Farid berkata, dia bagaimanapun perlu mengikut prosedur yang ditetapkan mahkamah, iaitu menghantar surat lima hari sebelum tarikh bertemu dengan anak-anaknya.

“Muhammad sangat teruja dan bertanya, bila filem akan ditayangkan. Tapi, seperti yang semua sedia maklum, untuk bawa anak-anak saya ke pawagam, saya kena buat surat.

“Setakat ini, peguam saya dah hantar surat untuk itu dan kalau ada rezeki, saya akan pastikan Muhammad dapat menonton filem itu,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditanya sama ada dirinya sudah bertemu dengan anak-anaknya, Farid berkata, dia sudah dapat berkesempatan masa selama empat hari dengan kedua-dua mereka.

“Saya dapat berjumpa Aurora sebanyak dua kali dan Muhammad sebanyak empat kali. Setakat ini, saya dapat luangkan masa selama empat hari. Itu pun selepas yang diberitakan mengenai isu anak trauma,” katanya.

Farid membintangi filem yang mengisahkan perjalanan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu di samping barisan pelakon hebat lain seperti Acha Septriasa dan Hasnul Rahmat. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement