Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Fasa Peralihan Monsun Bermula Selasa Ini


Fasa Peralihan Monsun Bermula Selasa Ini – MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada Selasa ini dan berterusan sehingga November.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Helmi Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 15 Mei lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semasa fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

“Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak. Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” menurut kenyataan itu.

Beliau menasihatkan orang ramai lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Sumber: BERNAMA

BACA: Cuaca Panas Disebabkan Pemanasan Muka Bumi, Kurang Taburan Hujan – MetMalaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JASIN – Sebanyak 9,000 kampit beras putih pek 10 kilogram (kg) akan dijual pada harga RM26 di program khas jualan terbuka di semua...

Mamak News

0 MANILA: Dewan Rakyat Filipina meluluskan belanjawan 2024 bernilai 5.768 trilion peso (AS$101.3 bilion atau RM476.9 bilion) termasuk peningkatan pembiayaan keselamatan di Laut China...

Sukan

0 PETALING JAYA – Gimnas negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam mencipta kejutan apabila membawa pulang pingat gimnastik artistik Sukan Asia Hangzhou menerusi disiplin melombol...

Hiburan

0 Aktres berusia 51 tahun itu berkata, dia pelik dengan sikap individu yang suka memperlekehkan orang lain hanya disebabkan perkara remeh terutama jenis kenderaan dipakai....

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications