Hi, what are you looking for?

Mamak News

Fasa Peralihan Monsun Dijangka Bermula 3 Oktober Ini


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Fasa Peralihan Monsun Dijangka Bermula 3 Oktober Ini – MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) hari ini memaklumkan bahawa Fasa Peralihan Monsun dijangka akan bermula pada 3 Oktober 2022 hingga November 2022.

Dalam kenyataan tersebut, Met Malaysia menjelaskan permulaan fasa itu menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang bermula sejak 14 Mei 2022 lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semasa fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang sesuai untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.

“Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta tengah Sarawak,” jelas kenyataan tersebut.

Lapor Met Malaysia lagi, keadaan cuaca itu berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Met Malaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan di talian 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut,

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA JUGA: Bukan Saja Letak, Rupanya Ini Maksud Barcode Di Produk & 3 Nombor Awalnya, Boleh Tahu Dari Negara Mana

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. LUMUT – Perolehan Kapal Songan Pelbagai Peranan (MRSS) kini menjadi satu keperluan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengundang sebak ramai apabila memuat naik gambar menerima skrol diploma mewakili...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. QUETTA: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan 28 lagi cedera selepas seorang pengebom berani mati bertindak menyerang sebuah kenderaan...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Hasil ujian DNA yang dilakukan ke atas 11 sub-etnik mendapati orang Kelantan memiliki gen sebenar orang Melayu. Demikian...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications