Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Ferrari mampu jadi pencabar utama


MARANELLO, Itali – Prinsipal Ferrari, Frederic Vasseur tidak mahu pasukannya terlalu optimistik dalam mengejar misi pa­sukan menjelang saingan musim baharu perlumbaan Formula Satu (F1) 2024.

Vasseur yang mengambil alih tempat Mattia Binotto peng­hujung musim lalu ditugaskan untuk memulihkan status Ferrari kembali sebagai pencabar utama kejuaraan.

Tahun pertama Vasseur bersama pasukan Itali itu dianggap positif kerana menjadi satu-­satunya pasukan yang berjaya melakar kemenangan pada Grand Prix (GP)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Singapura selepas sai­ngan musim lalu di­dominasi Red Bull dengan 21 kemenangan daripada 22 perlumbaan.

Menjelang 2024, Vasseur di­katakan sedia mengambil langkah agresif apabila bakal me­lakukan 95 peratus perubahan terhadap komponen selepas menamatkan musim 2023 di tangga ketiga di belakang Mercedes.

“Saya tidak tahu sama ada ia akan menjadi lebih baik tahun ini ataupun tidak. Tiada siapa yang tahu. Pada akhirnya kita akan membuat perbandingan dan hanya tertumpu kepada diri sendiri untuk cuba yang terbaik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya tidak mahu terlalu ­optimis, saya fikir ini salah satu isu yang kita hadapi musim lalu. Kita hanya perlu fokus kepada apa yang kita lakukan dan tidak terlalu memikirkan keputusan kejuaraan.

“Perkara paling utama adalah kita perlu terus berusaha dan meningkatkan prestasi serta menyesuaikan strategi untuk musim depan. Kejuaraan F1 sentiasa mencabar dan kita perlu sen­tiasa bersedia untuk menghadapi cabaran baharu,” katanya.

Sebagai rekod, Ferrari menjadi pasukan pertama membuat pengumuman tarikh pelancaran jentera F1 baharu mereka pada 13 Februari nanti. – AGENSI

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement