Hi, what are you looking for?

#image_title

Sukan

Ferrari rencat rekod Red Bull di Singapura


SINGAPURA – Impian pasukan Ferrari untuk kembali melakar kemenangan pada perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini akhirnya tercapai selepas Carlos Sainz Jr. tampil cemerlang menjuarai Grand Prix (GP) Singapura sebentar tadi.

Pastinya kemenangan tersebut amat bermakna buat Ferrari kerana ia adalah kemenangan pertama pasukan Itali itu selepas mengharungi perlumbaan mencabar musim ini terutama selepas pasukan Red Bull menyapu bersih 14 kemenangan sebelum ini.

Bagaimanapun, impian Red Bull untuk mendominasi perlumbaan di Singapura ternyata berhasil selepas pendahulu kejuaraan, Max Verstappen sekadar menamatkan saingan tempat kelima dan ini kali pertama Red Bull gagal memenangi perlumbaan Grand Prix.

Advertisement. Scroll to continue reading.
PEMANDU Ferrari Carlos Sainz Jr menggunakan peluang dengan baik selepas dilihat menguasai perlumbaan di Grand Prix GP Singapura AFP

Sebagai rekod, kali terakhir Ferrari melakar kemenangan pada Julai tahun lalu menerusi Charles Leclerc di GP Austria. 

“Pastinya ia adalah satu perasaan yang luar biasa ketika menjuarai perlumbaan di sini dan pastinya  hujung minggu yang luar biasa. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang terutama  Ferrari atas usaha kerja keras mereka untuk memastikan kemenangan menjadi milik kami malam ini.

“Perkara yang penting kami melakukan segala-galanya dengan betul. Ini semua tentang mengetahui dimana tahap kami dalam menguruskan perlumbaan. Mereka (Ferrari) memastikan saya berjaya bergelar juara tanpa melakukan sebarang kesilapan,” kata Sainz.

Pemandu pasukan Mclaren, Lando Norris yang memulakan saingan di petak keempat berjaya meloloskan diri untuk memastikan dia berjaya berada di atas podium tempat kedua.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, malang menimpa pemandu Mercedes selepas George Russell terlepas untuk menaiki podium tempat ketiga selepas terbabas di pusingan terakhir sekali gus membuka ruang kepada Lewis Hamilton untuk menemani Sainz di podium. -KOSMO! ONLINE

 


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Mamak News

0 NEW DELHI, India – Kenaikan tinggi harga bahan masakan utama seperti tomato dan bawang menyebabkan kebanyakan penduduk di India mengurangkan atau tidak menggunakan...

Mamak News

0 SINGAPURA: Singapura menaik taraf jet pejuang F-16 miliknya dengan keupayaan baharu dan maju untuk meningkatkan operasi, menurut Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF). F-16 yang...

Sukan

0 TOKYO – Pelumba utama Red Bull Racing, Max Verstappen mempamerkan dominasi penuh untuk kembali berada di landasan kemenangan selepas menjuarai Grand Prix (GP)...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications