Sekiranya anda peminat muzik country jangan lepaskan peluang ini!
Festival Muzik Country 2023 Tawar Konsert Free Tepi Pantai Buat Peminat Di Miri. Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan menjemput semua pihak untuk menyertai ke-10 (MCMF). Festival ini akan diadakan di Coco Cabana Miri pada 1 dan 2 Disember ini.
Menteri Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menjemput peminat muzik, keluarga dan pelancong untuk menyertai sambutan MCMF ke-10. Beliau berkata festival ini akan menjanjikan dua hari yang meriah dengan persembahan muzik, pameran budaya dan penyertaan masyarakat.

Beliau juga menyeru agar kita bersatu untuk menjadikan sambutan ulang tahun ke-10 MCMF sebagai bukti bahawa muzik mampu menyatukan masyarakat.
MCMF sudah sinonim dengan meraikan genre muzik country dan western di Miri, kata Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Keusahawanan.
Beliau memuji penganjur Place Borneo Sdn Bhd kerana mewujudkan dan menganjurkan festival ini dengan sokongan kementeriannya selama 10 tahun.
Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan peminat dan masyarakat, beliau dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kemasukan ke MCMF 2023 adalah percuma untuk semua.
Festival ini sentiasa menjadi pengalaman muzik yang unik. Tahun ini tidak terkecuali dengan persembahan daripada 9 kumpulan dari Amerika Syarikat, Vietnam dan Malaysia serta kumpulan tempatan Sarawak.
Selain persembahan muzik, festival ini juga akan mengadakan bazaar yang mempamerkan kraftangan dan makanan tempatan.
Sebagai komitmen kepada pembangunan komuniti, program ‘Projek Buku’ yang diperkenalkan tahun lalu akan diteruskan. Orang ramai dijemput menyumbang buku sebelum atau semasa festival. Buku-buku ini akan diedarkan ke sekolah luar bandar.
Pada tahun ini, satu acara Larian Mesra 5km percuma juga akan dianjurkan buat pertama kali bersempena ulang tahun ke-10 festival ini. Ia akan berlangsung pada 2 Disember di sekitar Taman Marina berhampiran Coco Cabana.
Abdul Karim berkata MCMF perlu diteruskan sebagai festival muzik dan acara tahunan yang boleh menarik kedatangan pelancong serta menjadikan Miri sebagai hab acara antarabangsa.
Antara artis yang akan membuat persembahan ialah The Johnny Kongo Trio dari Vietnam, Os Pombos, Evergreen Unlimited, The Colours dari Miri, Country Road Band dan lain-lain.
Baca lagi artikel menarik:
Artikel asal oleh: iloveborneo.my
RM13.01
