Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Filipina desak China alih struktur haram di Laut China Selatan


MANILA: Kementerian Luar Filipina hari ini menggesa China untuk mengalihkan struktur haram, menghentikan kerja-kerja penambakan dan bertanggungjawab terhadap kerosakan alam sekitar di Laut China Selatan.

Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, misi pembekalan ke Second Thomas Shoal yang terletak dalam zon ekonomi eksklusif (EEZ) Filipina adalah aktiviti yang sah, dan ia tidak akan memberi pemberitahuan terlebih dahulu kepada China.

Filipina menjawab kenyataan jurucakap kementerian luar China berhubung misi pembekalan semula Filipina baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami diminta untuk memberi pemberitahuan terlebih dahulu setiap kali kami menjalankan misi pembekalan semula ke Ayungin Shoal. Kami tidak akan berbuat demikian. Misi pembekalan semula adalah aktiviti yang sah di dalam ZEE kami, mengikut undang-undang antarabangsa,” kata jurucakap kementerian luar Filipina, Teresita Daza.

Misi pembekalan ialah untuk menyokong tentera Filipina yang ditempatkan di kapal perang yang sengaja didaratkan dan usang di Second Thomas Shoal, sebuah atol yang menjadi pertikaian hangat di Laut China Selatan yang Manila sebut sebagai Ayungin dan dikenali sebagai Renai Reef di China.

Kedutaan China di Manila tidak segera menjawab permintaan untuk komen. – REUTERS

Advertisement. Scroll to continue reading.

 


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 TOKYO: Sebuah kilang pembuatan Jepun mendapat perhatian warga net baru-baru ini kerana mengeluarkan produk tukul berbentuk seperti pisang sebenar. Kilang besi Ikeda yang...

Mamak News

0 Bantuan Kepada Penduduk Palestin Di Gaza Tidak Cukup – PBB WASHINGTON, 30 Nov (Bernama-AA) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Selepas jadi bapa, rasa muda semula (ketawa). Demikian respons rawak hero Malaya, Remy Ishak apabila disuakan pertanyaan bagaimana perasaan selepas...

Lifestyle

0 Usaha Bersama BNM-PDRM Tangani Perniagaan Wang Haram di Sarawak BNM Dan PDRM Serbu Lapan Premis Perniagaan Perkhidmatan Wang Tanpa Lesen Di Sarawak. Bank...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications