Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Fitri tak sabar julang Speedy Tigers


TONGGAK tengah skuad hoki negara, Mohd. Fitri Saari sedia berjuang habis-habisan untuk merebut tiket ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis pada Kelayakan Olimpik di Muscat, Oman bermula 15 hingga 21 Januari ini.

Fitri, 30, ketika ini sudah disahkan cergas sepenuhnya daripada kecederaan medial collateral ligament (MCL) pada bahagian lutut kirinya menyebabkan dia terlepas Sukan Asia Hangzhou di China pada September lalu.

Ia selepas kapten Pasukan Hoki Terengganu (THT) itu diberikan peluang bermain beberapa perlawanan bersama Speedy Tigers, No.12 dunia, pada siri jelajah New Zealand yang berakhir baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Perlawanan pertama saya dipantau fisio dan saya yakin boleh bermain dengan lebih lama. Aksi ketiga saya sudah pulih sepenuhnya dan boleh bermain sepanjang perlawanan.

“Jurulatih (A. Arul Selvaraj) tidak benarkan saya dan Nik Aiman (Nik Rozemi) untuk memberikan 100 peratus kerana nak elakkan kecederaan. Beliau mahu saya ada di Oman untuk kelayakan nanti,” katanya.

Situasi itu sememangnya berita gembira buat kem negara yang pastinya mengharapkan sentuhan Fitri untuk memburu gol atau mendapatkan pukulan sudut penalti pada kempen kelayakan di Oman bulan depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Biarpun keputusan pada jelajah New Zealand dilihat tidak memihak kepada skuad negara, tetapi barisan kejurulatihan diketuai Arul tidak panik dengan situasi tersebut.

Sepanjang lima perlawanan di benua Oceania itu, Speedy Tigers berjaya menewaskan Korea Selatan 2-1, tetapi sekadar seri 4-4 dan tewas tiga kali dalam empat aksi persahabatan menentang New Zealand.

Di Oman nanti, skuad negara akan bersaing dengan Great Britain, Pakistan dan China dalam Kumpulan A, manakala Kumpulan B terdiri daripada Jerman, New Zealand, Kanada serta Chile.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai rekod, enam tiket ditawarkan ke Paris 2024 pada Kelayakan Olimpik dengan tiga di Oman dan tiga lagi di Valencia, Sepanyol.

 


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement