Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Fizo Omar ‘mati’ hidup semula


KUALA LUMPUR – Diserang vertigo meskipun menyangka kondisi kesihatan dalam keadaan terjaga, pelakon Fizo Omar trauma mengenangkan insiden mengejut yang menimpa dirinya, baru-baru ini.

Ujar pemilik nama penuh Wan Hafizol Wan Omar itu, selepas menjalani pemeriksaan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI), doktor pakar mengesahkan serangan vertigo berpunca daripada masalah resdung kronik.

“Saya betul-betul trauma dengan kejadian itu, sebabnya tiba-tiba pengsan. Saya takut kalau selepas ini rasa pening sahaja akan pengsan lagi. Muka saya tersembam ketika jatuh itu, tidak sedar langsung.

“Sebelum kejadian itu saya tidak rasa penat atau ada tanda-tanda nak pengsan, berlaku secara tiba-tiba selain tidak pernah tahu hidap vertigo. Apabila tanya doktor, dia kata antara punca adalah disebabkan tekanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kemudian saya jumpa doktor pakar dan buat MRI, keputusan menunjukkan masalah sinus atau resdung saya di tahap teruk, sangat bahaya kerana sinus boleh menyebabkan masalah lain di seluruh badan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Mengulas lanjut keadaannya ketika berdepan detik cemas itu, pelakon filem Romeo Kota itu berkata dirinya tidak memikirkan perkara lain selain kematian.

“Saya hanya sedar ketika di hospital, waktu bangun itu saya ingat saya sudah mati. Iya lah ketika pengsan itu jatuh sangat kuat, muka dan kepada tersembam atas lantai. Apabila sedar, saya amat bersyukur Allah berikan peluang kedua untuk hidup.

“Saya memang tiada sakit lain, kali terakhir masuk hospital pun sebab demam iaitu tujuh atau lapan tahun lalu.

“Saya seorang yang sangat menjaga pengambilan makan minum, bahkan tiga atau empat kali seminggu saya buat senaman, jaga waktu tidur. Apa pun semuanya hendak berlaku, saya reda,” ujarnya pada pada sidang media Nasi Lemak Kopi O, baru-baru ini.

Ujar bapa kepada tiga puteri itu, dia perlu mendapatkan rehat yang cukup dan berhenti sementara daripada melakukan kerja-kerja berat atas saranan doktor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Doktor minta saya berehat dua minggu, tetapi tak sampai dua minggu saya dah kerja. Saya jenis tak boleh duduk diam tak buat kerja, sebab dah biasa bekerja.

“Tetapi dalam bekerja itu saya terhadkan juga pergerakan saya, tidak mahu terlalu aktif. Doakan saya cepat sembuh,” tuturnya menutup bicara.

Terdahulu, Fizo menerusi hantaran dalam Instagram memaklumkan dia diserang vertigo sebelum kepalanya terhantuk pada objek keras dan kemudian pengsan.

Pada 18 Januari lalu, Fizo terpaksa dikecualikan daripada mengacarakan rancangan Nasi Lemak Kopi O akibat insiden tersebut. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement