Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Fizz Fairuz dikecam, Almy Nadia ucap selamat berjaya


PETALING JAYA – “Selamat berjaya sayang, hari pertama jadi penyampai radio.”

Demikian kata-kata semangat dititipkan pelakon Datin Almy Nadia buat suami tercinta, Datuk Fizz Fairuz yang memulakan kerjaya sebagai penyampai radio di Suria FM hari ini.

Menerusi ucapan tersebut, Almy, 37, yakin bahawa semua komen negatif yang dilemparkan terhadap Fizz tidak akan berpanjangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebelum ini cuma sebagai tetamu jemputan, tidak sama macam penyampai radio sebenar.

“Untuk sebulan dua ini memang orang akan tahu kecam sahaja. Bagi mereka kecam sepuas-puasnya, sayang dapat pahala sebab ikhlas mencari rezeki untuk keluarga,” katanya dalam Instagram hari ini.

Katanya yang popular menerusi drama Dunia Baru itu, setiap individu sememangnya memerlukan masa untuk membiasakan diri dalam bidang baharu yang diceburi, begitu juga Fizz.

“Setiap orang perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bukan hanya tahu mengecam, maki hamun tidak ingat dunia. Macam tak pandang kiri kanan apabila menulis kecaman.

“Terima kasih Suria FM beri peluang kepada suami saya untuk menjadi sebahagian daripada keluarga anda,” ujarnya.

Terdahulu, nama Fizz diumumkan sebagai salah seorang penyampai baharu Suria FM yang akan bergandingan dengan Ajak dan Kai Hassan dalam segmen Morning Morning Suria.

Selain Fizz, pelawak Chiwan Cilok dan Kai juga diumumkan sebagai penyampai baharu stesen radio tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejak minggu lalu, Suria FM menjadi sebutan ramai selepas kecoh dengan isu penamatan kontrak bekas penyampainya, Tyzo yang popular dengan segmen Suria Petang. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement