Berita yang ditunggu-tunggu seluruh warga Sibu!
Flyover Sibu Kini Dibuka, Lancarkan Trafik Balik Kampung Sempena Gawai. Jejambat di bulatan Pan Borneo Sibu sepanjang 700 meter dibuka kepada orang awam mulai jam 6 semalam.
Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, ini dijangka dapat memberi kelancaran trafik kepada mereka yang pulang ke rumah panjang untuk sambutan Gawai.

Menurutnya, pembinaannya melebihi tempoh yang sepatutnya kerana ada kerja-kerja lebih semasa pembinaan dan akhirnya ia siap dengan sempurna sekarang.
Para pengguna jalan raya diingati supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi had laju yang telah ditetapkan.

“Kenderaan dari arah Bintulu hendak ke Kuching tidak perlu lagi melalui bulatan, sama juga kalau dari Lapangan Terbang Sibu.
“Menjelang perayaan Gawai, saya ingin menasihati pengguna jalan raya semasa balik ke kampung atau balik dari kampung supaya berhati-hati.

“Walaupun kita telah ada jalan raya yang cukup baik, janganlah memandu dengan melebihi had laju sebab lebuh raya ini had lajunya 90km/jam,” ujarnya.
Jejambat di bulatan Pan Borneo Sibu dalam Pakej WPC07 (Simpang Bintangor ke Persimpangan Julau dan Lapangan Terbang Sibu ke Sungai Kua).
Jajaran (Interchange) Lapangan Terbang Sibu ke bahagian Sungai Kua sepanjang 45.6km di bahagian WPC07 dengan kos RM950 juta.
Turut hadir ialah Pengurus Zon Tengah Lebuh Raya Pan Borneo JKR Sarawak Hashim Saari, Pengurus Komunikasi Korporat Cawangan Lebuh Raya Pan Borneo JKR Sarawak Sahrein Maloh dan Pengurus Besar Projek Hock Seng Lee Berhad Philip Lau Yuk Siong.
Baca lagi artikel terkini:
Artikel asal oleh: iloveborneo.my
RM13.01
