PETALING JAYA – Pelakon yang juga usahawan Datin Fouziah Gous menafikan dakwaan mengatakan pangkat dan gelaran yang diberikan kepadanya dan suami, Datuk Zhafran Md. Yusof sebagai palsu.
Tampil mempertahankan kesahihan kurniaan tersebut, Fouziah, 38, bertegas, gelaran kebesaran tersebut diterima daripada pihak Istana Pahang sekitar tahun 2016 namun suaminya menghadiri majlis pengurniaan pada hujung 2017.
Katanya, dia dakwaan tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan memandangkan dia mempunyai segala bukti berkaitan seperti watikah pelantikan yang membawa gelaran Datuk kepada suaminya.
“Saya beritahu kepada suami untuk tidak menjawab sebarang persoalan. Kenapa perlu nak buktikan sedangkan kita mempunyai watikah pelantikan, kad dan segala hitam putih.
“Jika ia tidak dipaparkan dalam sistem kenapa pula nak tanya kami? Sudah tentu kami sendiri nak tahu bagaimana ia boleh terjadi, tapi takkan kami nak terus terjah,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.
Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Medik itu meminta orang ramai yang mempertikaikan gelaran datuk suaminya untuk menyemak perkara tersebut dengan pihak bertanggungjawab.
“Saya maklumkan kepada suami untuk tidak menjawab sebarang persoalan. Kenapa perlu nak buktikan sedangkan kami mempunyai watikah pelantikan, kad dan segala hitam putih.
“Jika tidak dipaparkan dalam sistem kenapa pula nak tanya kami? Sudah tentu kami sendiri nak tahu bagaimana perkara sebegitu boleh terjadi tetapi takkan kami nak terus terjah.
“Pastilah kena ada adab dan saya pasti ramai lagi orang di luar sana yang memiliki gelaran itu namun nama mereka tidak tersenarai dalam sistem,” katanya.
Ditemui usai program Bicara Inspirasi Nona, Fouziah juga menambah, sekiranya pingat kebesaran tersebut adalah palsu tidak mungkin gelaran mereka boleh digunakan untuk tujuan rasmi.
“Awak nak buat pasport, awak nak buat kad pengenalan, awak rasa adakah senang-senang gelaran itu boleh diletakkan. Tepuk dada tanya diri sendiri, kenapa boleh digunakan?
“Saya sendiri pernah bergurau dengan suami berkenaan gelaran itu, tapi bila difikirkan, macam mana bila pergi Jabatan Imigresen boleh lepas?
“Takkan kami nak tunjuk semua dokumen dan watikah terbabit, ia seolah-olah mempersoalkan kredibiliti sistem yang ada. Kita tak boleh sebab banyak benda yang sensitif dan orang sekarang suka manipulasi. Banyak benda yang sensitif, saya takut nak cakap lebih,” ujarnya.
Tegasnya lagi, pangkat tersebut juga dimiliki bukan kerana mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki sudah sedia bergelar datuk.
“Saya bukan mendirikan rumah tangga dengan sugar daddy dan berkahwin dengan orang yang sama-sama mencari duit.
“Kami sama-sama saling membantu mencari apa yang kami impikan,” katanya lagi.
Terdahulu, isu gelaran didakwa palsu dibangkitkan netizen terhadap ahli perniagaan popular, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman juga suami kepada penyanyi, Datin Seri Heliza Helmi sehingga tular dah mendapat liputan beberapa portal hiburan.
Difahamkan, isu berkenaan tercetus susulan perkongsian individu dalam Facebook yang mempertikaikan gelaran Datuk Seri dimiliki Mahadi kerana tidak tersenarai dalam sistem istiadat.
Rentetan daripada itu, nama suami Fouziah dan Datin Paduka Eina Azman turut terpalit dalam isu tersebut.- KOSMO! ONLINE
Sumber: Kosmo Online
RM13.01
