Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Lifestyle

Gadis Borneo Tarik Diri Dari Universe Ticket, Netizen Dakwa Produksi TV Korea Selatan Berat Sebelah


Perjalanan Alyssa dalam Universe Ticket Berakhir, Pengunduran Penuh Spekulasi

Gadis Borneo Tarik Diri Dari Universe Ticket, Netizen Dakwa Produksi TV Korea Selatan Berat Sebelah. Alyssa, peserta dari Sabah dalam rancangan Universe Ticket, telah membuat keputusan mengejut dengan mengundurkan diri di episod ketiga. Menurut pihak produksi, pengunduran tersebut berlaku atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sesudah keputusannya itu, Alyssa sempat berkongsi pengalamannya dalam siaran langsung di Instagram, namun emosi terbawa hingga beliau tersebak dan menangis. Alyssa memberitahu akan fokus pada pendidikannya selepas ini.

| Kampungmamakcom Gadis Borneo Tarik Diri Dari Universe Ticket Netizen Dakwa Produksi Tv Korea Selatan Berat Sebelah
Gadis Borneo Tarik Diri Dari Universe Ticket Netizen Dakwa Produksi TV Korea Selatan Berat Sebelah Sumber vocket

Walaupun menarik diri, Alyssa masih berharap untuk terus bergerak aktif dalam industri idola Korea

Meskipun berhenti dari rancangan ini, menurut sumber, Alyssa masih berharap dapat terus berkecimpung aktif dalam industri idola Korea. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang telah memberi sokongan tidak berbelah bagi.

Namun, pengunduran Alyssa telah membangkitkan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat dan netizen. Ramai yang berasa sedih dan beranggapan mungkin Alyssa mengundurkan diri kerana kurang diterima oleh rakan-rakan sekumpulannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, ada juga yang menduga bahawa pihak produksi rancangan itu berat sebelah, memberikan ‘screen time’ yang lebih sedikit kepada Alyssa berbanding peserta lain. Sebahagian netizen turut berspekulasi bahawa mungkin Alyssa dipaksa untuk mengundurkan diri.

Walaupun Alyssa telah mengundurkan diri dari Universe Ticket, spekulasi mengenai sebab-sebab sebenar di sebalik keputusannya masih berterusan di kalangan peminat dan netizen.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Madu Marissa Dania Hakim iaitu Misya Mazlan sekali lagi menjadi bualan ramai apabila tular sebuah video memaparkan dia bersama suaminya,...

Sukan

0 BOUAKE – Nigeria membuktikan mereka lebih layak untuk berada di pentas final Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2023 selepas mengecewakan Afrika Selatan pada aksi...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Anak gadis Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim yang didakwa menikahi suami orang di Songkhla, Thailand bertindak menutup...

Sukan

3s DOHA – Pasukan Jordan terus mencipta sejarah apabila mara ke pentas final Piala Asia buat kali pertama apabila menewaskan negara pilihan, Korea Selatan...

Advertisement