Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Gadis ditembak, mayat dibuang kahwin tanpa restu bapa


NEW DELHI – Mayat seorang gadis di India yang dipenuhi dengan kesan peluru ditemui di dalam sebuah beg pakaian yang dibuang berhampiran sebatang jalan di bandar Mathura, Jumaat lalu, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Aayushi Chaudhary, 22, didakwa dibunuh oleh bapanya bagi menebus ‘kehormatan’ selepas dia berkahwin dengan seorang lelaki dari kasta berbeza.

Mayatnya dibalut dengan plastik dan disumbat dalam beg pakaian berwarna merah. Bedah siasat menunjukkan muka serta badan mendiang mengalami kecederaan selain telah ditembak sebanyak dua kali di dada.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia mengambil masa selama dua hari untuk polis mendapat maklumat tentang identiti mangsa,  manakala keluarganya disyaki membunuh wanita tersebut kerana kehilangannya tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa, kata portal berita OpIndia.

Polis kemudian mendapati terdapat percanggahan keterangan oleh bapanya, Nitesh Yadav dan ibunya, Brajbala, menyebabkan mereka terpaksa membuat pengakuan melakukan pembunuhan tersebut.

Ibu dan bapa mendiang dilaporkan memberitahu polis bahawa Ayushi meninggalkan rumah tanpa kebenaran mereka untuk berkahwin secara rahsia dengan seorang lelaki yang berlainan kasta atau kelas sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semasa pergaduhan, si bapa menembak mati mangsa di hadapan ibu dan abangnya, kata polis kepada OpIndia. 

Ibu mangsa kemudian membantu membungkus mayatnya yang dibuang di tepi lebuh raya pada awal pagi. – Agensi

 

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement