Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Gandingan lama, baharu Kabinet Anwar kukuhkan kerajaan


PETALING JAYA – Gandingan muka baru dan lama dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin dilihat mampu memberi ‘tenaga baharu’ dan lebih dinamik kepada kerajaan pada masa akan datang.

Menjelaskan perkara itu, Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Datuk Dr. Jeniri Amir berkata, gadingan tersebut sangat ideal memandangkan Anwar memerlukan idea baharu daripada pe­mimpin baharu dan muda untuk memimpin negara serta menghadapi cabaran di peringkat antarabangsa.

Jelas Dr. Jeniri, beliau yakin barisan Kabinet yang dipilih itu juga mampu menterjemahkan agenda reformasi yang diharapkan Perdana Menteri, antaranya berkaitan ekonomi, sosial dan pendidikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Meskipun Kabinet ini lebih kecil daripada Kabinet dua Perdana Menteri terdahulu (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Tan Sri Muhyiddin Yassin), ia bukan satu masalah kerana pada zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad dulu pun Kabinetnya kecil iaitu kira-kira 28 anggota.

“Apa yang penting adalah setiap yang dilantik itu boleh memainkan peranan masing-ma­sing dalam setiap kementerian yang diterajui, supaya agenda kerajaan dan rakyat dapat di­terjemahkan serta dilaksanakan dengan lebih cekap,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Berita berkaitan: Senarai penuh menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dr. Jeniri yang juga pakar politik berkata, meskipun barisan Kabinet itu menampilkan lebih 50 peratus muka baharu, namun ia tidak menjadi masalah untuk meletakkan Kerajaan Perpaduan di landasan yang betul.

“Saya percaya dengan panduan Perdana Menteri yang menjawat jawatan penting iaitu Menteri Kewangan, ia akan memberi hala tuju yang lebih jelas kepada barisan Kabinetnya.

“Selain itu, beliau (Perdana Menteri) turut bantu oleh beberapa orang kepercayaannya seperti Rafizi Ramli dan menteri berpengalaman seperti Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang diharap mampu memulihkan ekonomi,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas mengenai komposisi dan nisbah parti yang me­nyertai Kerajaan Perpaduan, Dr. Jeniri berkata, Kabinet baharu itu dilihat adil kerana masih berpandukan elemen konvensional pembentukan Kabinet merangkumi kuota parti, usia, gender, kaum dan wilayah.

“Saya percaya, gadingan ini telah dibuat dengan amat teliti dengan mempertimbangkan pelbagai saranan serta tuntutan pelbagai pihak termasuk pemimpin politik.

“Yang menjadi cabaran utama ketika ini adalah untuk mereka (barisan Kabinet) menjadi satu pasukan dengan mengetepikan perbezaan falsafah, ideologi dan dasar parti masing-masing,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement