Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Gandingan Prabowo, Gibran hilang taring?


JAKARTA: Tinjauan pendapat terbaharu menunjukkan Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto jatuh di tempat kedua selepas enam bulan menjadi pilihan utama pengundi menjelang pilihan raya umum (Pemilu) 2024 Februari depan.

Berdasarkan tinjauan oleh firma Charta Politika yang diterbitkan Isnin lalu, Prabowo bersama pasangan calon naib presidennya, Gibran Rakabuming Raka memperoleh 34.7 peratus.

Mereka berada di belakang bekas Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo dan pasangannya, Mahfud MD yang kini berada di tangga teratas dengan meraih 36.8 peratus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tinjauan pendapat yang bermula 26 hingga 31 Oktober itu menunjukkan pengundi Indonesia tidak selesa dengan pemilihan Gibran, malah ramai menyifatkannya sebagai percubaan Presiden, Joko Widodo (Jokowi) mendorong anaknya untuk mengekalkan dinasti politiknya.

Hasil tinjauan itu dianggap sebagai peringatan atau amaran kepada Prabowo yang membuat percubaan ketiganya untuk jawatan Presiden pada Pemilu 2024 bermula 14 Februari depan.

Lebih 60 peratus daripada responden dalam tinjauan Charta Politika tidak bersetuju mengenai usaha melahirkan sebuah dinasti politik dalam ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hampir separuh daripada mereka tidak menyokong pemilihan Gibran kerana datuk bandar berusia 36 tahun itu dianggap terlalu muda dan dilihat kurang pengalaman.

Sementara itu, Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia (TNI) mengerahkan sebanyak 115,000 anggota di seluruh negara bagi memastikan pelaksanaan proses pengundian berjalan lancar.

Panglima Angkatan Darat Indonesia, Jeneral Agus Subiyanto berkata, penempatan tentera akan disesuaikan dengan jumlah pusat pengundian di pelbagai wilayah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pelaksanaannya, setiap komander tentera wilayah akan memetakan potensi kelemahan di kawasan masing-masing dalam bentuk bencana alam kepada konflik sosial.

“Kita sudah ada pemetaan untuk setiap perintah tentera wilayah. Bagi satu atau dua pusingan pilihan raya kita sudah bersedia untuk menjamin keselamatannya.

Agus juga berkata, corak keselamatan di setiap wilayah akan berbeza bergantung kepada tahap risiko dalam hasil pemetaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Keselamatan di wilayah Papua misalnya pastinya berbeza dengan wilayah lain. Tahapnya akan berganda supaya pusat pengundian selamat daripada gangguan.

Menurut Agus, tentera juga akan ditugaskan untuk memastiakn kelancaran proses pengagihan logistik pilihan raya terutama ke pulau-pulau kecil.-AGENSI


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Putin Dakwa Perang Dunia 3 Sedang Berlaku Baru-baru ini, Presiden Rusia Vladimir Putin membuat dakwaan bahawa Perang Dunia 3 sedang berlaku pada ketika...

Sukan

0 LONDON – Pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou enggan para pemainnya terlalu kecewa dan mengenang kekalahan 1-2 kepada West Ham United kelmarin sekali gus...

Lifestyle

0 Ini antara gerai yang menjual laksa Sarawak di Singapura Ini Gerai Laksa Sarawak Yang Anda Boleh Cuba Di Singapura. Kehidupan anak perantau kadang...

Mamak News

0 Kes Zayn Rayyan: Polis Ambil 228 DNA Penduduk Apartment Idaman PETALING JAYA, 10 Dis (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil sejumlah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications