Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom Gangguan Bekalan Air Selangor Oktober 2021

Mamak News

Gangguan Bekalan Air Berjadual Di 998 Kawasan Di Sekitar Lembah Klang Bermula 13 Oktober Ini


Air Selangor menerusi laman Twitter sebentar tadi telah mengeluarkan Notis Pemberitahuan Awal Gangguan Bekalan Air Berjadual yang akan bermula pada 13 Oktober 2021.

Menerusi makluman tersebut, gangguan bekalan air berjadual itu adalah berikutan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan Aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di 998 kawasan di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom Gangguan Bekalan Air Berjadual Di 998 Kawasan Di Sekitar Lembah Klang

Gangguan bekalan air berjadual ini dikatakan bermula pada jam9 pagi, 13 Oktober dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam, 16 Oktober. Tambah Air Selangor, pelaksanaan kerja-kerja ini telah tertangguh daripada jadual asal iaitu pada 2019 dan 2020 berikut insiden pencemaran air yang menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual berskala besar.

Justeru itu, Air Selangor juga menasihatkan para pengguna yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan gunakan dengan cermat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

Pengguna juga boleh menyemak senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual di pautan hentitugas.airselangor.com

Sumber: Air Selangor

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement