Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Gangguan Bunyi Bising Dari ‘Speaker’ Surau Bercanggah Dengan Ajaran Islam Yang Sebenar


Penggunaan speaker atau pembesar suara luar di masjid dan surau untuk sesi kuliah adalah tidak dibenarkan sama sekali kerana bercanggah dengan ajaran Islam sebenar yang sentiasa mementingkan keharmonian hidup bermasyarakat.

Sejak 23 Oktober 2017 lagi, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengeluarkan arahan kepada Pentadbir Masjid dan Surau seluruh Selangor mengenai isu ini.

Pembesar suara luar hanya boleh digunakan bagi tujuan azan dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran bagi tempoh pendek sebelum azan dilaungkan sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berhubung dengan insiden penangkapan seorang lelaki yang didakwa mengamuk semasa program kuliah subuh berlangsung di sebuah surau di Kampung Ampang Campuran, Ampang Jaya baru-baru ini, siasatan lanjut akan dibuat terhadap surau tersebut kerana melanggar titah Sultan Selangor mengikut Seksyen 12 (a) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No 9 Tahun 1995.

Perkara ini turut diperincikan lagi oleh Abu Mishkat di Facebooknya yang menekankan tentang Sunnah Nabi s.a.w. yang amat sensitif serta tidak membenarkan hak privasi orang lain diganggu.

Ikuti perkongsian ilmu yang dibuat olehnya melalui hantarannya berikut:

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Bising Speaker Surau

Orang agama yang menghodohkan agama

Lelaki yang meluru masuk ke surau lalu merampas mikrofon dan menengking pengkuliah kerana alasan terlalu bising ini juga ada haknya yang mesti dihormati.

Betul, rekod polis menunjukkan dia ada kes penyalahgunaan dadah dan ugutan jenayah, tetapi hak privasinya agar tidak diganggu dengan bunyi bising pembesar suara melebihi sepatutnya adalah hak yang sah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala hak yang sah bagi pihak masjid dan surau untuk menggunakan pembesar suara di luar premis hanyalah hak melaungkan azan, bukan bacaan al-Quran, tarhim, ceramah kuliah dan seumpamanya.

Mungkin ada yang berhujah apa salahnya menggunakan pembesar suara ke luar masjid dan surau kerana negara ini negara Islam dan Islam adalah agama bagi persekutuan menurut perlembagaan.

Jawabnya, kerana negara ini negara Islamlah maka kita wajib ikut Islam, bukan ikut budaya dan amalan orang Melayu Islam walaupun bercanggahan dengan ajaran Islam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seorang sahabah dilaporkan membaca al-Quran dengan suara lantang di dalam masjid Nabi di Madinah. Lalu Rasulullah s.a.w. menyelakkan tabir bilik (rumah baginda yang bercantum dengan dinding masjid) lalu meminta lelaki itu merendahkan bacaannya. Alasan baginda, orang lain juga hendak bermunajat atau berehat.

Mu’adz bin Jabal pula membaca surah yang panjang ketika menjadi imam solat. Seorang sahabah yang bekerja di kebun tidak tahan mengikut solat Mu’adz yang terlalu panjang, lalu dia pun mufaraqah (memisahkan diri daripada jemaah dan solat sendirian). Tindakannya itu menyebabkan orang ramai menuduhnya munafiq. Beliau tidak berpuas hati lalu datang mengadu kepada Rasulullah s.a.w. Baginda memanggil Mu’adz lalu memarahinya dengan menyoal, “Adakah kamu nak menimbulkan fitnah wahai Mu’adz?!”

Tengok dan fahamkan. Sesuatu perbuatan yang salah, iaitu memanjang bacaan solat fardhu dan tidak sensitif dengan hak seseorang individu, walaupun  disokong oleh ramai sahabah yang lain, adalah tetap dikira salah dan boleh membawa fitnah. Rasulullah s.a.w. memarahi perbuatan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Betapa ramai umat Islam kini (terutama kebanyakan golongan agamawan dan orang yang bersemangat agama) menganggap orang-orang yang mahu haknya dihormati dan tidak diganggu sebagai anti Islam, lemah iman atau tak ingat mati.

Itulah ‘sunnah’ ramai sahabah yang menganggap seorang sahabah yang solat sendirian tak ikut jemaah yang diimami Mu’adz itu sebagai munafiq, tetapi itu bukan sunnah Nabi s.a.w.

Sunnah Nabi s.a.w. tidak membenarkan hak mana-mana orang diganggu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada saya, bangsa Jepun yang bukan beragama Islam itu lebih mengamalkan sunnah Nabi s.a.w. Menurut Ustaz Abdul Muhaimin, (anak kepada jiran saya di kampung yang pernah 3 tahun menjadi imam di masjid Nagoya, gambar di bawah) orang Jepun tidak akan menghidupkan enjin kereta selepas jam 10.00 malam kerana ia dianggap menganggu ketenangan orang lain di waktu malam. Sesiapa yang hendak menghidupkan enjin kereta lebih dari pukul 10.00 malam hendaklah memparkir keretanya di padang yang jauh dari rumah orang.

BACA: Pasang ‘Speaker’ Kuat-Kuat Untuk Semua Aktiviti, Masjid Di Taman Perumahan Ini Undang Rasa Kurang Senang Penduduk

Sumber: Facebook Abu Mishkat, Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon, Elly Arifin memberi amaran kepada individu biadab agar menghentikan perbuatan jijik mengirimkan gambar alat sulit atau berdepan...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Selepas dua tahun bercinta, penyampai radio atau deejay Fly FM, Arieff Yong melamar kekasih asal Sepanyol di sebuah pawagam pada...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Saya tiada pihak ketiga, begitu juga dengan bekas isteri.” Demikian kata bekas suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob...

Advertisement