Suspek akan memberi keterangan pada Isnin akan datang.
Gara-Gara Ingin Lepas Dari Tanggungjawab, Cucu Tergamak Penggal Kepala Nenek Berusia 110 Tahun. Dilaporkan bahawa, seorang warga emas berusia 110 yang juga merupakan penghidap demesia dikenali sebagai Amalie G, ditemui dengan keadaan kepalanya dipenggal di apartmen kediamannya di bandar Jerman pada Mac lalu.
Cucu mangsa, Artur B, berusia 37 tahun telah dihadapkan ke mahkamah di Hamburg pada Khamis lalu kerana didakwa atas pertuduhan membunuh mangsa dengan kejam.

Suspek menyerang mangsa menggunakan kapak
Suspek dipercayai telah mengambil kapak dan menyerang mangsa ketika mangsa duduk di atas kerusi roda.
Walaupun mangsa berjaya mengambil pembersih hampagas tanpa wayar dan cuba mempertahankan diri, tetapi cucunya telah menghayun kapak sebanyak 16 kali.
Mangsa dikatakan ditetak di bahagian bahu, kepala dan leher, dengan hentakan terakhir memutuskan saraf tunjangnya.
Insiden tersebut pada mulanya dikaitkan dengan pergaduhan yang berpunca kerana wang.
Artur merupakan bekas askar yang menganggur dan pekerja kilang kimia dikatakan berulang kali dituduh mencuri oleh neneknya.

Ingin lepas daripada tanggungjawab
Bagaimanapun, pihak pendakwa kini percaya bahawa Artur yang menjaga neneknya, mahu melepaskan diri daripada tanggungjawab menguruskan keperluan wanita itu.
Dia menerima rawatan untuk masalah psikologi, termasuk ubat-ubatan. Artur turut bercakap dengan pakar psikiatri ketika dalam tahanan.
Pakar psikiatri juga dilaporkan sedang melakukan penilaian sama ada lelaki berusia 37 tahun itu bertanggungjawab secara jenayah atas tindakannya pada masa itu.
Artur dijangka akan memberi keterangan pada Isnin depan apabila perbicaraan kes bersambung.
Lagi berita menggemparkan untuk anda di sini:
Artikel asal oleh: iloveborneo.my
RM13.01
