Kanak-kanak berusia 2 tahun tercekik sebiji buah anggur, lalu meninggal dunia
Gara-Gara Tercekik Buah Anggur, Kanak-Kanak 2 Tahun Maut. Disebabkan makan sebiji anggur, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun disahkan meninggal dunia selepas 10 hari bertarung nyawa di Hospital Melaka. Kejadian dipercayai berlaku di Taman Merbok, Bukit Katil.
Menurut kosmo, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit menyatakan bahawa manga meninggala dunia semasa dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) kira-kira jam 9.23 pagi, semalam.
Dalam pada itu, Christopher turut berkata, hasil soal dengan Pegawai Perubatan Hospital Melaka, kanak-kanak berkenaan telah dipindahkan daripada sebuah hospital swasta ke Hospital Melaka, jam 8.18 malam pada 31 Ogos lalu.
“Kanak-kanak berkenaan sebelum itu mendapatkan rawatan awal di sebuah hospital swasta di Bukit Katil selepas keluarganya menyedari dia tercekik semasa makan buah anggur,” ujar Christopher menerusi sumber.
Berjaya keluarkan buah anggur, tapi keadaan mangsa tidak stabil
“Doktor di sana berjaya mengeluarkan buah anggur tersebut, namun pesakit dalam keadaan tidak stabil dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan. Justeru dia dipindahkan ke wad PICU Hospital Melaka.

Selain itu, dipercayai punca kematian mangsa meninggal dunia dipanggil ‘Hyporxic Ischaemic Encephalopathy secondary to choking’.
“Pihak Hospital Melaka bagaimanapun tidak membuat laporan polis berkenaan kematian tersebut dan setakat ini, tiada laporan polis dibuat oleh pihak keluarga kanak-kanak berkenaan,” tambahnya lagi.
Baca juga artikel yang berkaitan:
Artikel asal oleh: iloveborneo.my
RM13.01
