Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Gelagat Kapten Kamaruddin ‘Steady’ Ikut Arahan Pusing Pesawat Tuai Pujian


Gelagat Kapten Kamaruddin ‘Steady’ Ikut Arahan Pusing Pesawat Tuai Pujian

Dalam hidup ini, kita mesti mempunyai naluri untuk mahu melakukan yang terbaik dalam setiap tugas yang diberi, tidak kisah sama ada di rumah atau di tempat kerja.

Hal ini kerana terdapat satu kepuasan yang lahir selepas tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan sepenuh hati dan kerelaan diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kapten Kamaruddin in action

Tular di media sosial, satu video seorang juruterbang yang didakwa sedang menunjukkan persembahan hebat semasa Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ‘23).

Video yang dimuat naik oleh @arepit993 di TikTok memaparkan momen juruterbang yang dikenali Kapten Kamaruddin melaksanakan tugas dengan baik selepas mendapat arahan panjang dalam radio komunikasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Video tersebut mendapat tontonan sebanyak 5 juta kali, 493,500 tanda suka, 14,500 komentar, 45,400 yang simpan video itu dan 22,300 yang membuat perkongsian setakat artikel ini ditulis.

Arahan yang diberikan dalam loghat Kedah itu membuatkan ramai terhibur kerana pemilik suara berkenaan meminta Kapten Kamaruddin untuk ‘berlagak’ dengan cara memusing jet untuk membuat ramai kagum.

“Radio check, Kapten Kamaruddin. Sudah boleh patah balik ke ruang udara airport. Masa untuk pasukan (Malaysia) kita beraksi pula. 

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kapten Kamaruddin satgi (kejap lagi) hang (awak) lalu ikut depan depan, hang ‘flip’ bagi lama sikit. Yang asap hang bawa keluaq (keluar) semua warna ada.

“Ha kalau kelabu taik anjing jangan bawa keluaq. Standby, aku bilang takat (sampai) tiga baru hang pusing.

“1, 2, 3, pusing. Okay boleh lepas asap. Maintain, okay boleh pusing balik,” itu merupakan arahan yang diberikan dalam radio komunikasi tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomKredit: @arepit993/TikTok

Sejurus kiraan tiga dilepaskan, Kapten Kamaruddin dilihat memusingkan jetnya serta melepaskan beberapa asap yang berwarna.

Arahan yang diberi dilakukan dengan kemas tanpa sebarang cacat cela semasa melakukan aksi di udara.

“Mantap, mantap Kapten Kamaruddin, hebat hang. Ternganga mulut-mulut orang Langkawi dekat bawah ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Okay boleh balik dah, Satgi lepas ‘landing’ kita makan laksa ikan seekor,” puji pemberi arahan tersebut.

BACA: Mesti Ramai Rindu, Kenali Pasukan Aerobatik Legenda “Smokey Bandits” TUDM

Komen warga maya

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rata-rata ramai yang mengakui arahan yang diberikan menggelikan hati mereka dan dalam masa yang sama mereka turut memuji kehebatan Kapten Kamaruddin.

“Hebat, terbaik boleh pergi makan laksa ikan sekor,” kata Nor Azizah.

“Wow mantap terbaik Kapten Kamaruddin,” puji Hazeman yang kagum dengan persembahan kapten itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Bukan orang Langkawi sahaja ternganga orang Selangor pun ternganga kapten,” tambah Khai.

Ada juga yang menyoalkan sama ada video yang dimuat naik itu merupakan parodi kerana tidak percaya arahan diberikan menggunakan loghat.

“Hahaha ini parodi ke? Sungguh-sungguh pilot cakap macam ini,” ujar Lyn.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dengarkan arahan tersebut di bawah ini.

@arepit993

#Limalangkawi2023 #lima2023 #LIMA23 #aerospace #airplanecinematic #aerobaticteam #sukhoi #airforce #langkawiisland @LIMA 23

♬ original sound – Hanya Orang Biasa – Hanya Orang Biasa

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: @arepit993/TikTok

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement