Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Gelagat Makcik Sebut Perodua Ala-ala Bentley Bikin Terhibur


Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Gelagat Makcik Sebut Perodua Ala-ala Bentley Bikin Terhibur

Memang benar kata orang, bahagia itu kadangkala boleh dicipta tanpa memerlukan wang ringgit, hanya berada dengan orang tepat pasti ia akan menjadi bermakna.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setiap orang mempunyai cara yang berlainan untuk membuatkan diri berasa gembira dan cara yang paling berkesan adalah kita sendiri yang menciptakan momen-momen tersebut.

Pada ketika ini, mungkin caranya agak mudah untuk melakukan perkara yang menggembirakan hati, misalnya meniru semula benda baik yang dilakukan oleh warga maya di media sosial.

Makcik promote Perodua ala-ala Bentley

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seperti yang dilakukan oleh ibu kepada @atiekahazman_, di mana wanita itu melakonkan semula perkara yang dilakukan oleh model jenama Bentley dalam mengiklankan kereta itu.

Menurut @atiekahazman_, ibunya berasa gembira kerana baru sahaja dapat memiliki kereta baharu, jenis Perodua Axia dan membuat keputusan untuk melakukan parodi berdasarkan video itu.

Disebabkan rasa gembira yang terlampau, wanita tersebut memilih untuk menunjukkan kereta tersebut mengikut cara model itu mempromosikan Bentley.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam video asal jenama kereta mewah itu, model tersebut memperkenalkan segenap ruang yang ada pada kenderaan tersebut dengan menyebut jenama kereta itu.

Dengan menyebutnya secara membisik menggunakan mikrofon, model itu menunjukkan ruang dalam kereta sambil melakukan beberapa gaya.

BACA: Pemain Badminton Nur Izzuddin Jaga Batas, Tak Salam Pengadil Perempuan Raih Perhatian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Biarpun tidak memiliki jenama yang sama, namun wanita tersebut mengikuti setiap gerakan yang ditunjukkan.

Perodua

Itu adalah jenama kereta yang dimiliki oleh wanita tersebut sambil dia menyebutnya dengan gaya yang bersahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomKredit: @atiekahazman_/TikTok

Pergerakan yang dipaparkan oleh wanita tersebut berjaya menjadikan video itu menarik diikuti dengan kelucuan yang ditonjolkan.

Setiap gerak-geri yang dilakukan, pasti disusuli dengan gelak kecil kemungkinan tidak dapat menahan rasa geli hati ketika memaparkan aksi mempromosikan keretanya.

Berikutan caranya yang menggelikan hati, video tersebut telah mendapat perhatian warga maya dan rata-rata mereka sangat terhibur dengan telatahnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gelagatnya yang tidak dibuat-dibuat berjaya menambat hati mereka yang melihat video itu sehingga rakaman tersebut menjadi tular di media sosial.

Sekiranya dilihat dengan mata kasar, perwatakan wanita itu sangat disenangi ramai dan orang ramai juga memohon supaya jenama kereta yang dipromosikan itu dapat mengambilnya sebagai duta.

Tonton video penuh di bawah ini untuk melihat kelucuan wanita tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

@atiekahazman_

My mom so excited ya dapat kereta baru ! Haha #perodua #fyp #foryoupage mantap service @AmirulSyafiqMR perodua ! Laju, mantap, padu ! Hehehe

♬ original sound – atiekahazman – atiekahazman

Sumber: @atiekahazman_/TikTok

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

0 BERITA pelancaran siri popular Netflix, Squid Game 2 menerusi teaser pendek yang dijadualkan disiarkan tahun ini membuatkan peminat tidak senang duduk. Bukan sahaja...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Selepas 53 tahun berkecimpung dalam dunia seni, penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang bercadang untuk berehat dan tidak mahu lagi...

Hiburan

0 KUALA LUMPUR – Hasrat penyanyi Naqiu untuk mengadakan konsert bersama kumpulannya, Boboy belum lagi kesampaian beberapa kali diberi janji kosong oleh seorang penganjur....

Hiburan

0 SEBUT sahaja nama Imran Ajmain pasti terngiang-ngiang di telinga lagu Seribu Tahun yang sangat meninggalkan kesan sehingga ke hari ini.  Tidak dinafikan, lagu...

Advertisement