Hi, what are you looking for?

Mamak News

Gelagat Oyen Jadi ‘Backup Singer’ Tuai Komen Wargamaya


Gelagat Oyen Jadi ‘Backup Singer’ Tuai Komen Wargamaya

Sekiranya anda merupakan seorang pembela haiwan terutamanya kucing, sudah pasti tahu bahawa gelagat yang ditonjolkan olehnya adalah pelbagai dan tidak dapat dijangka.

Yang selalu dilihat oleh orang ramai adalah kucing sering membawa pulang haiwan seperti tikus, lipas cicak dan seangkatannya sebagai ‘hadiah’ kepada tuan iaitu pembelanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ada juga di antaranya yang sering menunjukkan gelagat comel seperti bercakap dan mengusik tuannya sehingga menghiburkan hati kecil orang ramai yang melihat telatahnya.

Oyen atau Fat Cow jadi backup singer

Seperti video yang tular di TikTok, di mana seekor kucing di Taiwan bertindak untuk menjadi penyanyi sandaran dalam satu persembahan jalanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi perkongsian @0110maojian, kucing tersebut yang diberi nama Fat Cow itu membuat bunyi meow apabila tiba gilirannya untuk menyanyi hingga menangkap perhatian ramai.

Persembahan yang diberikan oleh Fat Cow yang juga kucing berwarna oren itu berjaya menambat hati orang awam kerana rata-rata mereka terkejut kerana tempo ‘suaranya’ selaras dengan alunan muzik.

Memetik media Ftvnews, kumpulan penyanyi jalanan itu menyanyikan lagu bertajuk Belajar Menyebut Meow kepada orang awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fat Cow kemudian memainkan peranan penting walaupun hanya menyebut satu perkataan.

Kucing tersebut secara tidak langsung mengajar orang ramai cara untuk membuat bunyi meow bersama dengan vokalis lain.

Disebabkan mikrofon terlalu tinggi, seorang lelaki mendukung Fat Cow dan menari apabila alunan muzik dimainkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Video tersebut menjadi viral dan mendapat tontonan sebanyak 16 juta kali dan 3.2 juta tanda suka.

Manakala sebanyak 27,300 meninggalkan komen dan 139,500 perkongsian dibuat setakat artikel ini ditulis.

BACA: Kena Panggil Balik Rumah, Gelagat Oyen Berenang Redah Banjir Buat Ramai Terhibur

Advertisement. Scroll to continue reading.

Reaksi orang ramai

Menjengah di ruangan komen, video tersebut dilihat telah tular di pelbagai negara.

Sesetengah orang ramai meninggalkan komen dengan menyatakan video tersebut menghiburkan hari mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rata-rata mereka berpuas hati dengan persembahan Fat Cow dan mahu kucing itu membuat kemunculan pada persembahan seterusnya.

Siapa yang sangka, rupanya kucing Oyen ini mempunyai perangai yang sama walaupun berada di negara lain.

Kredit: Tiktok
Kredit: Tiktok
Kredit: Tiktok

@0110maojian

有音準的肥牛 #熱門 #搞笑 #貓 #肥牛 #不可思議 #唱歌 #ig肥牛 #學貓叫 #街頭藝人 #台北 #信義區

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ 學貓叫 – 小潘潘,小峰峰

Sumber: 0110maojian via Tiktok

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SEREMBAN – Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang meneliti pendekatan Pelaksanaan Sekolah Mo Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) atau Pelaksanaan Peroperasian Sekolah Mo Khas...

Mamak News

0 China Mula Buka Sempadan Kepada Kumpulan Pelancong Asing BEIJING, 31 Mac (Bernama-Sputnik) — China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat,...

Lifestyle

0 Air keluaran Borneo yang sedap dan ‘famous’ di kalangan Sabah dan Sarawak ‘First Time Aku Rasa Air Ni Kat Sabah, Lain Macam Sedap...

Mamak News

0 SEREMBAN – SIRIM Berhad menyasarkan seramai 50,000 orang usahawan dapat dilahirkan menjelang tahun 2027 menerusi program pembangunan usahawan termasuk inisiatif tanggungjawab sosial korporat...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications