Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Gelang Ion Negatif – Fesyen Aksesori Perhiasan Diri, Benar-Benar Ajaib Atau ‘Scam’ Semata-Mata?


Pemakaian gelang sebagai fesyen dan aksesori perhiasan diri memang tidak dinafikan dapat menyerlahkan lagi penampilan si pemakainya.

Selain dari sering dianggap sebagai satu simbol dan status kemewahan, terdapat juga andaian yang mengatakan bahawa pemakaian gelang juga berupaya untuk memberikan kesihatan badan dan mental yang lebih baik.

Misalnya gelang ion negatif yang lazimnya sangat laris terjual sejak dari dulu lagi kerana dikatakan mempunyai keistimewaan dan keajaibannya yang tersendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejauh manakah benarnya andaian ini dari sudut sains? Adakah selama ini mereka yang memakai gelang ion negatif ini sebenarnya memudaratkan lagi kesihatan mereka? Atau adakah mereka ini sebenarnya kena ‘scam’?

Zamir Mohyedin yang sering membuat perkongsian mengenai ilmu dan hukum fizik telah membuat hantaran berikut di akaun Facebooknya bagi menyatakan pendapatnya mengenai gelang ion negatif ini.

| Kampungmamakcom Gelang Ion Negatif

Ada orang tanya mengenai keberkesanan gelang ion negatif yang sejak dulu lagi orang jual dan beli. Orang hasilkan gelang ini tujuannya untuk meniru alam semulajadi dalam memberikan ion negatif kepada manusia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sungai, lautan, gunung dan tempat-tempat alam semulajadi ini kita mudah rasa tenang, aman dan damai salah satu sebabnya mungkin ion negatif di sekelilingnya. Apabila terdedah akan menyebabkan turunnya kadar kesihatan mental dan kesihatan seluruh badan kita bertambah baik.

Dari sudut evolusi, kita rasa tenang kerana tempat-tempat ini merupakan tempat yang paling selamat dan terjamin bagi leluhur kita kerana banyak sumber air, makanan dan perlindungan boleh didapati.

Memang ada kajian yang membuktikan hal ini. Kalau tengok kertas tahun 2018, saintis telah kumpulkan kajian selama 100 tahun yang menunjukkan ion negatif boleh kawal tekanan, kawal mood, kawal pertahanan tubuh dan sebagainya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kajian tidak menemukan sebarang bukti bahawa ion negatif memberikan sebarang kesan terhadap kawalan tekanan darah, mengawal pernafasan dan mengawal kegelisahan (anxiety) seperti banyak dakwaan.

Ini penjelasan ringkas tentang ion negatif. Sekarang ini pula gelang yang dibuat untuk merembeskan ion negatif supaya dapat perbaiki kesihatan mental dan fizikal kita.

Gambar di bawah saya ambil daripada kertas kajian yang dibuat oleh saintis Malaysia tentang produk-produk gelang negatif ion. Ada 20 jenis gelang yang dikaji. Kesimpulan kajian mendapati gelang-gelang ini melepaskan kadar negatif ion yang berlebihan melepasi paras selamat sehingga berpotensi menjejaskan kesihatan kita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkara asas dalam fizik, ion negatif adalah satu daripada radioaktif. Radioaktif ini apabila berlebihan, akan berbahaya. Marie Curie, seorang ahli fizik ulung meninggal dunia kerana pendedahan terhadap bahan radioaktif secara berlebihan. Gelang-gelang ini semuanya menggunakan bahan radioaktif sebagai sumber ion negatif. Kajian menunjukkan gelang-gelang ini mempunyai tahap radioaktif yang berlebihan. Pisang pun beradioaktif, tetapi dalam kadar yang selamat. Jadi, tiada masalah untuk kita.

Mungkin ada gelang yang okey dan tidak memudaratkan. Ada sesetengah orang mendakwa, kesejahteraan mentalnya bertambah baik setelah memakai gelang sepert ini. Tetapi itu mungkin kesan placebo, bukan kesan daripada gelang secara langsung. Ada kajian menunjukkan gelang-gelang seperti tidak memberikan sebarang kesan langsung.

Cadangan saya, lebih baik elakkan membeli gelang-gelang ini. Anda mungkin boleh tertipu kerana gelang itu tiada apa-apa pun. Ada mungkin berpotensi terdedah dengan bahaya kerana rembesan sinaran radioaktif yang berlebihan. Kita tidak tahu sebab barang-barang ini tidak ada pengesahan untuk tahu tahap keselamatannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pergilah bersenam dan berkelah, nikmati alam semula jadi, ambil makanan yang sihat dan seimbang, tinggalkan makanan segera.

Rujukan:

[1] Jiang, S. Y., Ma, A., & Ramachandran, S. (2018). Negative air ions and their effects on human health and air quality improvement. International journal of molecular sciences, 19(10), 2966.

Advertisement. Scroll to continue reading.

[2] Hassan, H. J., Hashim, S., Abu Hanifah, N. Z. H., Ghoshal, S. K., Sanusi, M. S. M., Binti Suhailin, F. H., … & Bradley, D. A. (2021). Naturally Occurring Radioactive Materials in Bracelets and Necklaces: Radiological Risk Evaluation. International journal of environmental research and public health, 18(21), 11170.

[3] Sells, P. D., Cavicchio, H., Everhart, B., Grass, B., Lambert, J., & Robinson, K. (2014). Effect of a negative ion holographic bracelet on maximal aerobic performance. The Journal of Strength & Conditioning Research, 28(10), 2895-2899.

Sumber: Facebook Zamir Mohyedin

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s SHAH ALAM – Penyanyi Noh Salleh menzahirkan rasa terkejut apabila bekas isterinya, Mizz Nina menarik semula kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak...

Sukan

3s KUALA LUMPUR – Hasrat jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang untuk meraih emas berganda pada Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Aaide, Australia...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Gara-gara tidak berpuas hati dengan cara kerja dan komitmen pelakon Ruhainies, syarikat produk kecantikan dan kesihatan, Aurebella Beauty akan mengambil...

Sukan

0 PETALING JAYA – Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia terpaksa meninggalkan Indonesia Masters dengan kekecewaan selepas dihimpit masalah kesihatan akibat keracunan...

Advertisement