Hi, what are you looking for?

#image_title

Lifestyle

Gemar Minum Teh Tarik, Individu Ini Kongsi Tabiat Pemakanan Sampai Kaki Terpaksa Dipotong


Lelaki berkongsi kisah kakinya terpaksa dipotong kerana suka minum teh tarik

Gemar Minum Teh Tarik, Individu Ini Kongsi Tabiat Pemakanan Sampai Kaki Terpaksa Dipotong. Seperti yang diketahui umum, penyakit kencing manis atau ‘diabetes’ merupakan sejenis penyakit yang sudah tidak asing lagi bagi kebanyakan rakyat Malaysia.

Penyakit yang sering dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan ini bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan, malah ia juga boleh membahayakan nyawa.

Namun, bagi mereka yang menghidapi penyakit kencing manis kronik, terluka akibat benda tajam harus dielakkan, memetik siakap keli.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hal ini kerana, kesan luka itu boleh menyebabkan ia merebak dan dalam senario yang teruk ia boleh menyebabkan bahagian yang terluka perlu dipotong. Kejadian ini sering berlaku kepada pesakit yang mengalami penyakit ini diperingkat yang kronik dan tidak dirawat dengan betul.

Seperti yang terjadi kepada seorang lelaki ini menerusi perkongsian muat naik sebuah video yang menceritakan tabiat pemakanannya serta sebab mengapa kakinya terpaksa dipotong.

Perkongsian itu telah dibuat oleh pengguna TikTok yang menggunakan nama @kedidi_kakipalsu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia yang kini berusia 45 tahun berkata, kakinya terpaksa dipotong selepas terluka akibat terkena paku

Sudah menghidap penyakit itu sejak 30 tahun lalu

Menurut sumber, lelaki yang mesra disapa Abang Azlan, memberitahu bahawa dirinya telah menghidap penyakit itu sejak 30 tahun yang lalu. Kesan luka itu kemudiannya menjadi semakin teruk dan menyebabkan isi di sekeliling kesan luka mereput dan berlubang.

Selepas beberapa sesi pembedahan dijalankan, doktor akhirnya menasihatkan agar kaki kanannya itu dipotong sehingga paras betis. Berkongsi berkenaan tabiat pemakanannya, dia berkata bahawa pengambilan teh tarik tidak mengira waktu merupakan antara penyebab kepada keadaannya itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Abang ni minat teh tarik. Pagi petang siang malam minum teh tarik, teh ais. Dari zaman muda banyak minum air tin lah. Makan tak tentu.

“Tapi teh ni, teh ais ni dalam kereta memang sentiasalah ada,” kata abang Azlan di dalam video tersebut.

Menurut doktor, kesan pemakanan yang tidak dikawal juga menjadi penyumbang kepada keadaannya yang sekarang ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Doktor kata sebab pemakanan, makan tak jaga. Bukan semestinya kita makan manis saja. Tak jaga makan, tak ikut time makan, ikut time kita ja,” tambahnya lagi.

Kesan utama diserang penyakit semasa umur semakin meningkat

Dia turut memaklumkan bahawa kesan utama penyakit kencing manis itu mula ketara apabila umur meningkat 45 tahun ke atas. Pada peringkat umur ini, penyakit kencing manis mula menyerang pinggang dan jantungnya.

“Punca dia mula ketara bila umur kita naik 45 tahun ke atas. Mula pingganglah dia, jantung lah. Masa umur 30 an dia tak ada,” akhiri abang Azlan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kepada mereka yang diluar sana, jaga pemakanan dan dapatkan rawatan doktor jika mengalami simptom menghidap penyakit ini.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JASIN – Sebanyak 9,000 kampit beras putih pek 10 kilogram (kg) akan dijual pada harga RM26 di program khas jualan terbuka di semua...

Mamak News

0 MANILA: Dewan Rakyat Filipina meluluskan belanjawan 2024 bernilai 5.768 trilion peso (AS$101.3 bilion atau RM476.9 bilion) termasuk peningkatan pembiayaan keselamatan di Laut China...

Mamak News

0 Kebakaran Tahfiz: Pemuda Rayu Ke Mahkamah Persekutuan Terhadap Sabitan Bunuh PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) — Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan...

Mamak News

0 KLANG – Seorang wanita yang juga penduduk Bagan Teo Chew, Pulau Ketam di sini, dilaporkan masih hilang dalam kebakaran tiga buah rumah di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications