Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Gempa Bumi Kuat Landa Utara Sumatera, Indonesia, Beberapa Negeri Mungkin Rasa Gegaran


Gempa Bumi Kuat Landa Utara Sumatera, Indonesia, Beberapa Negeri Mungkin Rasa Gegaran – MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) — Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 melanda Utara Sumatera, Indonesia pada 10.59 malam hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata gempa bumi berkedalaman 86 kilometer itu berlaku pada jarak 84 kilometer barat daya dari Padang Sidempuan, Indonesia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| KampungmamakcomKredit: BERNAMA

Beliau berkata gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, katanya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur turut mengesahkan menerima satu panggilan berhubung gegaran itu daripada penduduk Pangsapuri Pudu Impian 1 di Jalan Cheras di sini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut jurucakap JBPM KL, sepasukan anggota bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi untuk pemantauan dan pemeriksaan lanjut.

Semakan di laman sosial Twitter pula mendapati pengguna dari pelbagai lokasi turut merasai gegaran malah ada yang mengongsikan tangkap layar amaran awal gempa bumi dari sistem Android.

Antara reaksi mereka ialah menyoal kesahihan insiden itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Semoga selamat dan baik-baik saja bagi yang terkesan dengan gempa bumi itu,” ciap seorang pengguna akaun Twitter.

Seorang lagi menciap “Rumah aku dah lah tinggi, boleh rasa gegaran tadi.”

BACA: Gempa Bumi Kuat Landa Ecuador & Peru, 14 Orang Dilapor Terkorban

Advertisement. Scroll to continue reading.

239 cedera dalam gempa bumi di Iran
| KampungmamakcomKredit: snexplores.com pic

Sebelum ini, media melaporkan jumlah mangsa yang cedera dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 5.6 yang menggegarkan barat laut Iran pada pagi Jumaat kini mencecah 239 orang, lapor Xinhua memetik ISNA.

Gempa yang berlaku berhampiran daerah Khoy di wilayah Azarbaijan Barat pada 6.46 pagi waktu tempatan (0316 GMT) itu mempunyai kedalaman 8 kilometer, menurut Pusat Seismologi Iran (IRSC).

Ketua Pertubuhan Bantuan dan Menyelamat Iran, Sadeq Mahmoudi berkata 50 mangsa yang cedera adalah dari daerah Khoy dan selebihnya dari daerah Salmas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata 219 orang telah discaj manakala 20 lagi termasuk tujuh dari Khoy dan 13 dari Salmas, dimasukkan ke wad.

Mahmoudi berkata khemah dan selimut telah dihantar kepada penduduk di kawasan yang dilanda gempa bumi.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s KUALA LUMPUR – Tidak memandang kecantikan semata-mata, pelakon Aedy Ashraf mengakui selesa di sisi Amelia Henderson disebabkan personaliti aktres jelita itu yang membuatkan...

Hiburan

3s SHAH ALAM – Penyanyi Noh Salleh menzahirkan rasa terkejut apabila bekas isterinya, Mizz Nina menarik semula kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak...

Sukan

3s LONDON – Sekurang-kurangnya dua lagi pusingan perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (Moto­GP) 2024 dalam radar bahaya kerana berpotensi dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Sebelum ini,...

Hiburan

3s SARAT nostalgia. Itulah gambaran nuansa konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity apabila Zepp Kuala Lumpur berkumandang dengan deretan lagu malar segar...

Advertisement