Hi, what are you looking for?

Mamak News

Gempa susulan di Cianjur berterusan empat hari lagi


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

JAKARTA: Badan Meteorologi, Kajian Iklim dan Geofizik (BMKG) Indonesia merekodkan lebih 145 gempa susulan di Cianjur di Jawa Barat sejak kelmarin dan menganggar aktiviti gempa susulan di kawasan berkenaan hanya akan reda dalam tempoh empat hari lagi. 

Ketua BMKG, Dwikorita Karnawati berkata, perkembangan seismik di kawasan berkenaan tidak membimbangkan kerana aktiviti gegaran tersebut dilihat semakin lemah namun penduduk masih perlu berjaga-jaga ekoran cuaca hujan yang boleh menyebabkan tanah runtuh.

“Paling kecil ialah 1.2 skala Richter dan BMKG menganggarkan dalam tempoh lebih kurang empat hari lagi, gempa bumi akan berkurangan dan berhenti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Namun wilayah Jawa Barat sudah memasuki musim hujan, oleh itu adalah perlu untuk membuat persediaan menghadapi impak seperti potensi tanah runtuh. Apa yang mendesak ialah mengendalikan segera longgokan tanah, sampah dan kayu,” katanya.

Dwikorita turut menjelaskan gempa bumi di Cianjur berlaku dalam kitaran 20 tahun sekali dan kali terakhir kawasan itu digegarkan oleh gempa bumi besar adalah pada tahun 2000 dan 1982.

“Gempa bumi boleh berulang dalam tempoh 20 tahun akan datang. Jadi semasa fasa pembinaan semula, kerajaan perlu memberi perhatian untuk menjadikan bangunan tahan gempa,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Isnin lalu, gempa bumi kuat berukuran 5.6 skala Richter menggegarkan wilayah Cianjur, Jawa Barat dan angka kematian dilaporkan meningkat kepada 268 orang sejak semalam dengan 122 orang daripada jumlah itu sudah dikenal pasti.

Semalam, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) mengesahkan seramai 58,362 penduduk di lebih 12 daerah kehilangan tempat tinggal selepas hampir 22,198 unit kediaman musnah akibat bencana itu.-AGENSI


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden melarang kelulusan peralatan telekomunikasi baharu daripada Huawei Technologies dan ZTE...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan kepada 4,566 pengundi yang menyongnya pada Pilihan...

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. DOHA – Pasukan Perancis mengharapkan ‘magis’ Kylian Mbappe kembali bersinar menjelang aksi kedua Kumpulan D menentang Denmark pada...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dalam satu kenyataan media mengumumkan pendirian mereka mengenai Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications